fbpx

Polis Di India Salahkan Tikus Selepas Rampasan Ganja Seberat 195Kg Hilang Dari Balai

Namun ini bukanlah kali pertama tikus dipersalahkan dalam kes kehilangan ganja di negara Asia Selatan itu. Sebaliknya terdapat tiga insiden serupa yang telah direkodkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tajuk yang kedengaran tak masuk akal, tapi itulah dakwaan polis di India selepas hampir 200 kilogram (200kg) ganja yang dirampas dari pengedar dadah ‘lesap’ dari sebuah balai.

Menurut laporan BBC, mahkamah di Uttar Pradesh diberitahu bahawa kesemua rampasan ganja yang disimpan di balai polis tersebut telah dimakan tikus.

Ianya selepas Hakim, Sanjay Chaudhary meminta polis mengemukakan bahan bukti itu bagi satu kes pengedaran dadah.

“Tikus adalah haiwan kecil yang tidak takut pada polis. Sukar untuk melindungi dadah daripada haiwan ini,” kata Chaudhary merujuk kepada alasan yang digunakan pegawai polis berkenaan.

Bukan kejadian pertama, pernah libatkan jumlah dadah yang lebih besar

Namun ini bukanlah kali pertama tikus dipersalahkan dalam kes kehilangan ganja di negara Asia Selatan itu. Sebaliknya terdapat tiga insiden serupa yang telah direkodkan.

Kata Chauhary, polis sebelum ini pernah membuat laporan apabila sebahagian dari 386kg ganja yang disimpan rapi telah dimakan tikus.

Malah polis di daerah Mathura juga pernah berdepan kejadian serupa apabila kehilangan 600kg ganja yang disimpan di dalam dua bilik penyimpanan angkara makhluk perosak itu.

Tambah beliau, polis tiada kepakaran untuk menangani isu berkenaan memandangkan saiz tikus ‘terlalu kecil’.

Justeru itu, satu-satunya cara terbaik adalah dengan melelong ubat-ubatan itu kepada makmal penyelidikan atau firma perubatan dan hasilnya diserahkan kepada kerajaan.

Sebagai info, sekitar 2018, lapan pegawai polis di Argentina telah dipecat apabila cuba menyalahkan tikus apabila mereka kehilangan hampir setengah tan ganja yang disimpan dari gudang polis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.