Ramai Bingung, Ustazah Dakwa Makan Ubat Tahan Sakit Haram & Boleh Masuk Api Neraka [Video]
Ustazah Afifah turut meninggalkan tanda pagar seperti #bahayaubatantahansakit #rosakzahirbatin di ruangan kapsyennya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mereka yang sakit atau mempunyai masalah kesihatan pasti akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan pandangan.
Jika memerlukan, doktor pasti akan memberikan beberapa jenis ubat yang berkaitan dengan penyakit tersebut termasuklah ubat tahan sakit.
Tujuan ubat itu diberikan adalah untuk membantu meredakan rasa sakit pada bahagian berkenaan selain dapat memberikan ruang untuk pesakit berehat.
Pendakwah dakwa ubat tahan sakit haram
Terbaharu, tular satu video di TikTok di mana seorang pendakwah bebas, Ustazah Afifah mendakwa ubat tahan sakit adalah haram untuk diambil.
Menerusi video tersebut sesiapa yang memasukkan sesuatu yang harap dan meragukan ke dalam badannya akan mati dalam keadaan yang hina.
“Dengan duit habis banyak, dengan kepakaran manusia menyebabkan apa yang kamu masuk dalam tubuh kamu, yang haram dan meragukan maka kamu sedang berhadapan dengan kepanasan yang amat dasyat.
“Namun tidak boleh dibicarakan kerana Allah dah kunci lidah kamu. Hingga kamu tidak ada kemampuan untuk berbicara,” katanya.
Allah SWT tak terima amalan seseorang selama 40 hari jika masukkan benda haram dalam tubuh
Tambahnya lagi, amalan seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah SWT selama 40 hari sekiranya dia memasukkan walau sedikit benda yang haram ke dalam badan.
“Sekiranya nyawa kamu diambil ketika dalam tempoh 40 hari maka ingatlah kamu. Matinya dalam keadaan hina dan melanggar hukum syariat Allah SWT.
“Sebab itulah dalam Islam Nabi SAW mengingatkan orang kafir ada caranya, orang Islam ada caranya.
“Apa pun perubahan zaman, apa pun yang mereka letakkan, apa agenda sekalipun. Allah SWT itulah menjaga manusia,” ujarnya lagi.
Kenyataan pendakwah buat orang keliru
Melihat di ruangan komen, kenyataan pendakwah itu telah mengelirukan orang ramai sehingga ada yang bertanya adakah ubat tahan sakit haram untuk diambil?
Tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan ustazah Afifah itu bahawa dia sebenarnya yang perlu mengambil ubat.
Menerusi semakan kami, video tersebut telah lama dimuat naik oleh ustazah itu sekitar Oktober yang lalu namun ia kembali tular dia media sosial baru-baru ini.
‘Masalahnya ubat tahan sakit tu haram ke?’
‘Terpesong sangat dah ni’
‘Orang sakit jantung tak boleh makan ubat cair darahlah lagi mati cepat.’
‘Semua tak boleh mazhab mana mak cik ambil’
Baca artiken berkaitan: