
‘Setia Bertahun’ – Staf Menangis Gembira Lepas Anwar Ibrahim Dilantik Jadi PM Ke-10 [Video]
Menurut Farhan mereka yang berada di dalam video itu adalah antara individu yang setia bersama DS Anwar Ibrahim dalam perjuangan beliau.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Akhirnya teka-teki rakyat Malaysia siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri (PM) terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi PM ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pelantikan itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai terutama bagi penyokong parti Pakatan Harapan (PH) yang gembira dengan berita tersebut.
Malah seperti yang diketahui ramai, perjalanan beliau dalam bidang politik bukanlah mudah apabila pelbagai cabaran perlu ditempuhi sehingga dilantik menjadi PM ke-10 secara rasmi pada 24 November yang lalu.
Aksi kakitangan Anwar Ibrahim menangis undang perhatian ramai
Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan di Twitter oleh Farhan Zulkefly yang memaparkan aksi sekumpulan kakitangan Ahli Parlimen Tambun itu sehingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang menangis sambil berpelukan selepas Anwar Ibrahim diumumkan menjadi PM ke-10 Malaysia.
Datuk Seri @anwaribrahim , lantiklah mereka ke PMO.
— Farhan Zulkefly (@farhanzulkefly) November 24, 2022
Kompetensi boleh diasah. Kesetiaan tak boleh dijual beli. Mereka setia bersama kamu ketika susah dan senang.
Antara individu yang setia dengan Anwar Ibrahim
Farhan turut memaklumkan bahawa mereka merupakan antara individu yang setia bersama Anwar selama bertahun-tahun dalam perjuangannya.
“Menangis weh tengok video ni. Ini team dan dan staf Anwar Ibrahim. Setia bersama Anwar bertahun-tahun.
“Aku ingat lagi salah seorang staf dia pernah kata ‘Aku tak dapat kerja Pejabat Perdana Menteri (PMO) pun tak apa, aku nak Anwar jadi PM. Kesian dia’,” tulisnya.
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, turut kelihatan mereka bersorak dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain di atas usaha yang telah dilakukan selama ini.
Ramai sebak lihat video staf menangis
Meninjau di ruangan balas, perkongsian itu turut membuatkan ramai berasa sebak dan menangis sehingga ada yang bersujud syukur atas pelantikan Anwar.
Menitik air mata aku
— DoraDiro 🇲🇾 (@diradoraa) November 24, 2022
Sujud Syukur 🤲🇲🇾💯❤️ pic.twitter.com/5srwr8OChM
— 🇲🇾HGH🇲🇾 (@Mdhafizg71) November 24, 2022
Pandangan aku dari sudut rakyat. Aku harap tangisan tu adalah tangisan utk beri perubahan yg baik buat malaysia dan bukan tangisan hanya kepentingan parti semata mata. Alhamdulillah, moga ada sinar buat malaysia.
— yad.yad (@heyad95) November 24, 2022
Can so feel them. In 2018 when PH won was ecstatic but today when Anwar was announced as PM 10 felt like when Malaysia won Thomas cup. Such a long battle. Nak menangis, terlalu gembira, in shock semua. Just so grateful
— Sheela D (@ramdhi31) November 24, 2022
Baca artikel berkaitan: