
Video Lelaki Selamba Kibar Bendera Pakatan Harapan Semasa Perlawanan World Cup 2022 Undang Perhatian Netizen [Video]
Tindakan lelaki itu secara tidak langsung turut mengundang perhatian ramai yang terhibur dengan gelagatnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan sejak semalam media sosial dipenuhi dengan orang ramai yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
Malah, setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk meraikan kegembiraan tersebut ada yang melaungkan jeritan ‘reformasi’ ada juga yang menangis kegembiraan dan banyak lagi.
Lelaki kibar bendera PH ketika menonton World Cup 2022
Namun seorang pengguna Twitter, @devprasad888 mencuri tumpuan apabila memuat naik satu video yang memaparkan aksi selamba seorang lelaki yang mengibarkan bendera Pakatan Harapan (PH) ketika sedang menonton satu perlawanan bola sepak.
Menerusi video tersebut, lelaki itu yang mengenakan baju kuning dilihat mengibarkan bendera itu sewaktu menonton perlawanan bola sepak Brazil menentang Serbia dalam kejohanan World Cup 2022 yang sedang berlangsung di Qatar.
This dude watched this morning's Brazil match with a veshti on! pic.twitter.com/tvDWzgUSDa
— Dev ⚽🏌️♂️⛳🏎️🤡☕🥩🚬🥃 (@devprasad888) November 25, 2022
Perkara itu secara tidak langsung mencuri tumpuan orang ramai yang tidak menyaka ada bendera parti Malaysia yang dikibarkan di stadium berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang terhibur dengar reaksi individu di sebelah lelaki tersebut yang mungkin keliru dengan apa yang berlaku.
Ada juga yang berpendapat mungkin lelaki ini terlalu gembira dengan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri hingga nekad berbuat demikian.
The guy next to him be like"dude what flag u holding on😂😂
— EagleAmor (@AegleAmor) November 25, 2022
Malaysian luv for Malaysia to have good governance- never amazes
— Red_22 (@A4222_) November 25, 2022
Hahahaha others might be wondering what nation is that🤣🟥💯🇲🇾✔️🏆❤️
— 🇲🇾HGH🇲🇾 (@Mdhafizg71) November 25, 2022
Everyone there be like, whats Har Pan?
— Paperbagboy 🔥 (@itspaperbagboy) November 25, 2022