fbpx
Now Reading
“Kajian Mana Lah Ye?” – Ustazah & Suami Dikecam, Dakwa Minum Susu Berlebihan Punca Mata Jadi Rabun [Video]

“Kajian Mana Lah Ye?” – Ustazah & Suami Dikecam, Dakwa Minum Susu Berlebihan Punca Mata Jadi Rabun [Video]

Menurut suami ustazah terbabit, minum susu merupakan sunah Nabi Muhammad SAW namun agama Islam mengajar jangan meminumnya secara berlebihan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, nama pendakwah bebas, Ustazah Afifah sudah tidak asing lagi di kalangan pengguna media sosial kerana beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi antaranya ‘mendayuskan’ para suami yang membenarkan doktor lelaki melihat aurat isterinya ketika bersalin.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Dikecam, Label Suami Dayus Jika Biar Isteri Bersalin Disambut Doktor Lelaki [Video]

Dia kemudiannya terus mencipta kontroversi apabila mendakwa ubat tahan sakit adalah haram untuk diambil dan sesiapa yang menggunakannya akan mati dalam keadaan yang hina.

Kenyataan tersebut telah membangkitkan rasa marah orang ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ustazah tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Bingung, Ustazah Dakwa Makan Ubat Tahan Sakit Haram & Boleh Masuk Api Neraka [Video]

Minum susu berlebihan punca jangkitan kutu dan mata rabun

Baru-baru ini, tular satu lagi kenyataan baharu daripada ustazah tersebut bersama suaminya yang mendakwa minum susu secara berlebihan boleh menyebabkan jangkitan kutu, panau dan mata menjadi rabun.

Menerusi satu hantaran video di laman TikTok akaun @sunnahtidakberbohong, pasangan suami isteri ini mendakwa minum susu merupakan sunah Nabi Muhammad SAW namun agama Islam mengajar jangan meminumnya secara berlebihan.

“Mengaku doktor tapi tah tahu risiko konsumsi susu berlebihan. Tulisan Ulama pun dia permainkan, kenal pun tidak,” tulisnya pada kenyataan di dalam video.

Kenyataan yang diberikan secara langsung menerusi aplikasi TikTok itu sekali lagi telah membangkitkan rasa kurang senang orang ramai.

Kenyataan merapu dan buat orang lain fikir Islam itu susah

Video rakaman tersebut turut dikongsikan oleh pengguna Twitter yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai merapu dan boleh menyebabkan orang ramai mula skeptikal hingga merasakan agama Islam adalah agama yang sukar untuk dianuti.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam kenyataan yang diberikan pasangan suami isteri terbabit yang dianggap tidak benar kerana masih ada yang mengalami masalah rabun walaupun tidak meminum susu.

Malah, netizen juga turut berseloroh dengan mempersoal mengapa suaminya memakai cermin mata sekirannya minum susu punca menjadi rabun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.