Muat Naik Video Sedang Sakit, Ramai Doakan Pak Cik Ini Cepat Sihat [Video]
Pak cik itu turut memaklumkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas, terasa pening, kekejangan dan juga mengantuk semasa mengalami serangan athma tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Setiap yang bergelar bapa sudah tentu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya.
Meskipun tidak berdaya tetapi demi anak yang disayangi setiap cabaran akan dihadapi oleh si bapa asalkan ia dapat membahagiakan keluarga.
Video pak cik tiba-tiba diserang sakit undang perhatian ramai
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Pakli memaparkan keadaannya yang tiba-tiba diserang satu penyakit sehingga mengundang perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Pakli yang sedang berada di dalam kereta memaklumkan dia baru sahaja sampai di rumah selepas menghantar anak pulang ke tempat pengajiannya di sebuah universiti awam.
Sukar bernafas ketika pulang dari hantar anak kerana Athma
Namun ketika berada dalam perjalanan pulang dia secara tiba-tiba diserang menyakit Asthma sehingga membuatkan dia sukar bernafas dan berasa pening.
Turut kelihatan dia seperti memberhentikan kenderaanya semasa cuba untuk menenangkan dirinya ketika diserang penyakit tersebut.
“Terasa seperti oksigen tak masuk leher, terasa kejang, kepala terasa pening. Mengantuk pun ada,” tulisnya dalam video itu.
Melihat di ruangan komen, perkongsian tersebut membuatkan ramai berasa sebak dan bimbang dengan keadaan pak cik tersebut serta berharap agar dia diberikan kesembuhan.
Untuk maklumat, penyakit asthma merupakan penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Penyakit ini boleh menjadi bahaya sekiranya ia tidak dirawat.
Menerusi carian kami Berita Harian melaporkan lebih kurang 2 juta rakyat di negara ini menghidap penyakit Asthma.
‘Semoga dipermudah segalanya pak cik’
‘Allah tak boleh tengok pak cik macam ni auti teringat dekat ayah’
‘ Ya Allah SWT… kau berikanlah kesembuhan buat pak cik. Jaga diri ya pak cik rehat banyak-banyak’