fbpx
Now Reading
“Orang Lama Je Faham” – Hajat Si Ayah Ingin Berjumpa Anwar Ibrahim Sejak 24 Tahun Dahulu Tercapai [Video]

“Orang Lama Je Faham” – Hajat Si Ayah Ingin Berjumpa Anwar Ibrahim Sejak 24 Tahun Dahulu Tercapai [Video]

Mereka sekeluarga turut berharap agar Perdana Menteri ke-10 itu dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang ramai ketahui, teka-teki mengenai siapa yang bakal memimpin negara selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu akhir terjawab setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurut Anwar, kerajaan baharu yang akan diketuainya iaitu Kerajaan Perpaduan Nasional terdiri dari tiga komponen iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Perpaduan Terdiri Daripada PH, BN dan GPS – Anwar Ibrahim

Sementara itu, di media sosial pula ramai yang mezahirkan rasa syukur serta sebak kerana impian mereka ingin melihat Anwar menjadi Perdana Menteri akhirnya tercapai.

Tidak hanya mempunyai impian ingin melihat beliau menjadi Perdana Menteri malah ada sebahagian daripada mereka turut mempunyai hajat untuk bersemuka dengan Ahli Parlimen Tambun itu.

Warga emas menangis bertemu Anwar, hajat 24 tahun tercapai

Hal ini susulan tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang warga emas menangis kegembiraan setelah hajatnya untuk bertemu Perdana Menteri ke-10 itu akhirnya tercapai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @aishahella84, wanita itu mengatakan ayahnya sudah menyimpan hajat untuk bertemu Anwar sejak 24 tahun yang lalu.

@aishahella84

Hajat ayahanda kami yg dipendam selama 24 tahun baru hari ini kami cuba tunaikan..kami rakam detik petemuan dgn insan hebat ini.. Tahniah DSAI sebagai PM10@iefwan86 @Tengku Nur Muhammad @Yang Kalsom Yusof

♬ Lelaki (Warkah Seorang Anak) – Siti Nurhaliza

Usaha mereka untuk menunaikan hajat bapa tercinta akhirnya membuahkan hasil apabila Perdana Menteri itu sendiri sanggup turun menemui lelaki tersebut.

“Perjalanan ayahanda nak jumpa PM10 (Perdana Menteri ke-10) kami cuba tunaikan hajatnya. Alhamdulilah usaha kami berbaloi apabila PM sendiri turun jumpa ayahanda kami.”

Berharap Anwar dapat galas tanggungjawab dengan baik

Pada masa sama, mereka turut berharap agar Pengerusi Pakatan Harapan itu dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

“Kami juga mengharapkan PM10 dapat buktikan dan galas tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.”

“Alhamdulilah, sebak” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat video tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.