fbpx
Now Reading
Penyokong Qatar Angkat Gambar Mesut Ozil, Tanda Respon Protes Jerman Di Piala Dunia 2022

Penyokong Qatar Angkat Gambar Mesut Ozil, Tanda Respon Protes Jerman Di Piala Dunia 2022

Tindakan mengangkat poster Mesut Ozil sambil menutup mulut oleh para penyokong itu dilakukan sebagai tanda membalas protes Jerman ketika perlawanan menentang Jepun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/CuriosidadesEU/status/1596960817223639040?s=20&t=JCfvcQPRvpzOopDvRCygVA

Umum mengetahui, Piala Dunia (FIFA) 2022 di Qatar sudah mulai membuka tirainya pada 21 November lalu.

Oleh itu, sudah pasti peminat di seluruh dunia tidak akan melepaskan peluang menyaksikan perlawanan yang ada serta mengikuti segala isu semasa mengenai kejohanan bola sepak terulung itu.

Namun baru-baru ini, tular di media sosial apabila skuad kebangsaan Jerman turun bergambar dengan gaya menutup mulut ketika perlawanan bertemu Jepun.

Jerman tak puas hati, Qatar dan FIFA haramkan penggunaan armband One Love

Tindakan sedemikian dipercayai dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan peraturan yang ditetapkan oleh Qatar selaku tuan rumah dan juga pihak FIFA pada saat akhir yang mengharamkan penggunaan lilitan tangan (armband) ‘One Love’.

Susulan tindakan tersebut, para penyokong bola sepak terutamanya di kalangan orang Arab mengecam tindakan yang dilakukan oleh pasukan Jerman itu.

Penyokong balas protes, angkat gambar Ozil dan tutup mulut

Sebagai tanda membalas protes tersebut, para peminat yang berada di stadium baru-baru ini dilihat menaikkan sepanduk dan juga poster yang menunjukkan wajah bekas pemain Jerman, Mesut Ozil.

Lebih menarik, mereka mengangkat poster Ozil itu sambil menutup mulut seperti ingin membalas cara yang dilakukan oleh pemain Jerman.

Mesut Ozil tidak lagi menyarung jersi Jerman

Terdahulu, media melaporkan Ozil tidak lagi menyarung jersi pasukan Jerman susulan kritikan berunsur perkauman yang diterimannya pada kempen Piala Dunia 2018 di Rusia.

Menurut Ozil, dia membuat keputusan dengan hati yang berat untuk tidak bersama skuad kebangsaan Jerman kerana merasai dirinya sudah tidak dihormati lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.