fbpx

Prinsip ‘No Anwar, No DAP, No Bersatu’ Hanya Untuk PRU15, Kata Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu juga adalah mercu landskap politik baharu di negara kita.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan di dua negeri iaitu Perak dan Pahang adalah berdasarkan prinsip untuk membawa kestabilan kepada kerajaan negeri dan memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu juga adalah mercu landskap politik baharu di negara kita.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, prinsip tidak mahu bekerjasama dengan parti lawan termasuk parti pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu ‘No PKR, No DAP dan No Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dilaungkan sebelum ini adalah untuk persediaan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) sahaja dan bukannya selepas pilihan raya.

“Penolakan sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah untuk berdepan PRU15 dan bukannya untuk pasca pilihan raya.

“Yang kedua, kerjasama ini adalah berlandaskan titah DYMM Yang Di Pertuan Agong yang inginkan Kerajaan Perpaduan terbentuk,” tulis Zahid yang juga Pengerusi BN dalam satu hantaran di Facebook.

Kerjasama tidak akan abaikan prinsip UMNO

Tegasnya dua perkara ini menguatkan bahawa kerjasama itu tidak akan sama sekali mengabaikan prinsip yang dipegang UMNO.

“Selepas pilihan raya umum, marilah kita merapatkan barisan. Umpama ‘lidi seikat’ ini perlu bagi menyapu segala kotoran yang telah dilemparkan kepada UMNO dan pembersihan ini penting bagi memastikan laman politik tidak kotor luar dan dalam.

“Kesinambungan politik ini tidak akan menghilangkan identiti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhan parti iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam bagi memperkasa kemajuan bangsa. Sesuai dengan perkembangan ia perlu cakna dengan perubahan semasa, dinamik dan dilihat inklusif,” kata Zahid lagi.

Perkongsian Zahid itu mendapat pelbagai respon dari netizen di mana ada yang bersetuju dan ada juga segelintir yang meninggalkan komen bernada sinis.

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen dan pengikut Zahid di Facebook.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.