fbpx
Now Reading
Ribut Petir, Hujan Berterusan Dijangka Landa Seluruh Malaysia Hingga 30 November

Ribut Petir, Hujan Berterusan Dijangka Landa Seluruh Malaysia Hingga 30 November

Menurut MetMalaysia, beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka berlaku ribut petir dan hujan lebat berterusan selama tiga hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran ribut petir serta hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia selama tiga hari bermula semalam, 28 hingga 30 November.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan Semenanjung , Sabah dan Sarawak (Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan).

Ribut petir dijangka berlaku petang ini

Tambah MetMalaysia, ribut petir juga dijangka berlaku pada petang hari ini (29 November) di seluruh Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Sarawak dan Sabah dijangka hujan malam ini

Pada masa sama, di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu di Sarawak dan Sabah di kawasan Pantai Barat dan Sandakan turut diramal hujan malam ini.

MetMalaysia juga menjangka akan berlaku ribut petir di satu kawasan di Tawau, Sabah selain hujan di beberapa tempat di Sandakan dan Kudat, Kelantan, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, dan kawasan pedalaman Johor.

Pada masa sama, MetMalaysia meramalkan hujan akan berlaku pada waktu malam di seluruh Semenanjung kecuali Melaka, beberapa kawasan di Sabah, Sarawak, dan Labuan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.