fbpx
Now Reading
Didakwa Keluar Kenyataan ‘Kencing Manis Kesan Dari Makan Sumber Haram’, Jimmy Couture Tempelak Ustazah Afifah

Didakwa Keluar Kenyataan ‘Kencing Manis Kesan Dari Makan Sumber Haram’, Jimmy Couture Tempelak Ustazah Afifah

Kami bagaimanapun tidak menemui klip video ucapannya itu memandangkan rata-rata video yang tular di TikTok hanya mengandungi tangkap layar dengan tulisan ‘Penyakit kencing manis datang kepada mereka yang makan minum dari sumber yang haram’ sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, nama pendakwah kontroversi, Ustazah Siti Afifah sering menjadi topik utama selepas dia mengeluarkan beberapa kenyataan sensasi antaranya mendayuskan para suami yang membenarkan doktor lelaki melihat aurat isteri ketika bersalin.

Malah ia lebih panas apabila Afifah kemudiannya membidas penjelasan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menepis dakwaan tersebut apabila menyifatkan tokoh agamawan itu tidak memahami hukum Allah SWT.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:: Isu ‘Suami Dayus’, Ustazah Afifah Bidas Kenyataan Ustaz Azhar Idrus [Video]

Tidak cukup dengan itu, wanita ini kemudiannya mendakwa ubat tahan sakit adalah haram untuk diambil.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Bingung, Ustazah Dakwa Makan Ubat Tahan Sakit Haram & Boleh Masuk Api Neraka [Video]

Arwah ayah Jimmy seorang pesakit kencing manis

Terbaharu, pereka fesyen terkenal, Jimmy Couture menempelak pendakwah kontroversi itu selepas dia didakwa mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal yang mana penyakit kencing manis berpunca dari makan sumber haram.

Jimmy menerusi satu posting di Instagram meluahkan ketidakpuasan hatinya memandangkan arwah ayahnya sebelum ini merupakan seorang penghidap diabetes.

Tegas Jimmy, apa yang diucapkan Siti Afifah seolah-olah mengecop semua mereka yang menghidap diabetes sebagai memakan dari sumber yang haram.

“Habis tu arwah bapa aku meninggal dunia sebab kencing manis kerana makan dan minum dari sumber yang haram ke?”

Malah dia turut menyifatkan pendakwah wanita ini sudah jauh terpesong dalam memberikan nasihat.

Jimmy dalam masa sama turut memberikan amaran akan mendedahkan satu kisah hitam membabitkan wanita ini dengan satu kes kematian di Brunei.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci, pereka fesyen ini mendakwa ia ada kaitan dengan produk keluaran pendakwah berkenaan sehingga menyebabkan dia ‘diharamkan’ dari negara jiran itu.

“Sumpah, ustazah ni dah banyak terpesong. Jangan sampai saya buka cerita pasal orang Brunei meninggal dunia sebab makan produk keluaran ustazah! Pastu kau putar belit cerita ! Kau dah kena banned ngn negara brunei ! Orang Malaysia ramai tak tahu !”

Jimmy Couture

Video gagal dikesan

Cubaan kami untuk mencari klip atau laporan yang membuktikan Ustazah Siti Afifah ada memuat naik kenyataaan tular itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil.

Carian kami sebaliknya hanya menemui beberapa video TikTok yang mengandungi tangkap layar fotonya bersama kenyataan ‘Penyakit kencing manis datang kepada mereka yang makan minum dari sumber yang haram’ sahaja.

Namun satu-satunya video di mana dia ada menyebut perkataan kencing manis adalah di dalam video di bawah:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.