fbpx
Now Reading
‘Jangan Fitnah’ – Anwar Ibrahim Perjelas Kasut Mewah LV Kurniaan Sultan Johor

‘Jangan Fitnah’ – Anwar Ibrahim Perjelas Kasut Mewah LV Kurniaan Sultan Johor

Anwar dalam masa sama turut mengingatkan pemilik akaun @NaratifRakyat agar tidak mendatangkan fitnah terhadap dirinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam (29 November) menegaskan bahawa kasut mewah berjenama Louis Vuitton yang dipakainya adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau menerusi satu ciapan di Twitter berkata, kasut tular yang dipercayai berharga RM5,500 itu dikurniakan Sultan Ibrahim pada dua tahun lalu.

Anwar dalam masa sama turut mengingatkan pemilik akaun @NaratifRakyat agar tidak mendatangkan fitnah terhadap dirinya.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Terdahulu tular di media sosial satu ciapan yang dilakukan sebuah akaun Twitter yang mendakwa Perdana Menteri telah menghabiskan wang sebanyak RM5,500 hanya untuk membeli sepasang kasut mewah.

Perkongsian bernada sinis itu dilihat sengaja mengaitkan keputusan Ahli Parlimen Tambun berkenaan yang menolak menggunakan kenderaan rasmi Perdana Menteri, sebuah kereta Mercedes S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat.

Jelas Anwar, keputusan tersebut diambil kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atasnya.

Sebagai rekod, Sultan Ibrahim sebelum ini pernah mengurniakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kasut berharga puluhan ribu ringgit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.