fbpx
Now Reading
Pemuda Dipuji Kerana Sanggup Berhenti Untuk Bantu Makcik Tukar Tayar Kereta Di Tepi Jalan [Video]
pemuda bantu makcik dipuji ramai

Pemuda Dipuji Kerana Sanggup Berhenti Untuk Bantu Makcik Tukar Tayar Kereta Di Tepi Jalan [Video]

Mak cik itu cuba menghulurkan ‘upah’ kepada Andy kerana menolongnya namun ia ditolak oleh pemuda ini dan hanya meminta agar mendoakannya sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai manusia kita sering dinasihatkan untuk sentiasa melakukan kebaikan, malah ia juga turut dituntut dalam semua jenis agama.

Tidak kiralah di mana jua kita berada kita perlu sentiasa menunjukkan sikap nilai-nilai murni seperti membantu antara satu sama lain, berbudi bahasa dan banyak lagi.

Perkara ini secara tidak langsung bukan sahaja dapat membuatkan orang di sekeliling berasa senang dengan kita tetapi mereka juga akan mendoakan kesejahteraan.

Video bantu warga emas undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan di TikTok oleh Andy yang memaparkan keadaannya ketika sedang membantu warga emas sehingga mengundang perhatian ramai.

Andy yang ketika itu sedang menunggang motosikal terlihat seorang mak cik yang sedang menyelongkar bonet. Dia kemudian bertindak memberhentikan motornya dan bertanya sekiranya ada apa-apa yang boleh dibantu.

Maklum tayar kereta pancit sebab langgar lubang

Mak cik itu kemudian memaklumkan bahawa tayar keretanya pancit disebabkan terlanggar lubang. Andy lalu membantu mak cik tersebut kerana tidak sampai hati melihatnya menukar tayar dalam keadaan yang panas.

“Tak apalah saya bantu dengan niat kerana Allah SWT. Sambil-sambil tu rancak berborak dengan mak cik, peramah sangat orangnya. Mak cik cakap dia duduk di rumah pondok Darul Izzah tu je,” ujarnya.

Minta mak cik untuk tunggu di dalam kereta kerana panas

Ketika sedang mengganti tayar berkenaan dia meminta agar wanita tersebut untuk masuk ke dalam kereta kerana cuaca yang terlalu panas. Namun dia enggan kerana kasihan melihat Andy yang berseorangan menukar tayar itu.

Tidak mahu mak cik itu berpanasan, Andy kemudian menghidupkan enjin kereta mak cik tersebut dan memintanya menunggu di dalam kereta sahaja sehingga selesai.

Sebaik sahaja selesai menukar tayar, dia berpesan kepada mak cik itu agar terus ke kedai tayar kerana tayar yang ditukar itu tidak boleh digunakan dalam tempoh lama dan bahaya kerana angin tak cukup.

Enggan terima wang, pemuda hanya minta untuk mendoakannya sahaja

Mak cik itu kemudian secara tiba-tiba menghampiri Andy dan mahu memberikannya wang sebagai sumbangan, namun ditolak dengan baik dan pemuda itu hanya meminta agar mak cik tersebut mendoakannya.

“Tak minta dipuji tak minta dipandang.. cukup doakan saya dan keluarga sentiasa sihat selalu.. amin,” tulisnya di dalam kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji sikapnya itu dan meminta agar dia terus melakukan kebaikan kepada orang lain.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan Andy agar sentiasa dimurahkan rezeki kerana niat baiknya itu.

‘Alhamdulillah semoga Allah murahkan rezeki bang Andy’

‘Syukur jumpa orang baik-baik sentiasa’

‘Alhamdulillah. Terbaik bang. Semoga dipermudahkan segala urusan’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.