fbpx
Tabung kecemasan buat Nad Zainal

Rakan Artis Lancar Tabung Kecemasan Untuk Bantu Kos Rawatan Nad Zainal

Penerbit dan pengarah terkenal itu dalam masa sama turut meminta agar orang ramai bersama-sama membantu pelakon berkenaan dan memohon agar mendoakan kesejahteraan Nad Zainal agar dia kembali sihat seperti sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, industri seni digemparkan dengan berita pelakon terkenal Nad Zainal yang di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan keadaannya yang kritikal.

Pelakon itu turut dilaporkan mengalami paru-paru berdarah namun keadaannya dilaporkan semakin baik meskipun masih dipantau rapi oleh beberapa doktor di ICU sebuah hospital swasta di ibu negara.

Baca artikel berkaitan: Nad Zainal Kini Dipantau 4 Doktor, Bapa Maklum Pendarahan Di Paru-Paru Semakin Berkurangan

Lancarkan tabung kecemasan buat Nad Zainal

Terbaharu, atas dasar prihatin, rakan industri telah melancarkan satu tabung kecemasan bagi mengutip sumbangan buat aktres berbakat besar itu.

Tabung tersebut dilancarkan untuk membantu dalam menampung kos rawatan aktres berkenaan sejak dia dimasukkan ke hospital pada minggu lalu berikutan masalah kesihatannya itu.

Perkara itu turut dikongsikan oleh penerbit dan pengarah terkenal, Shahrulezad dalam satu hantarannya di Intagram.

“Ramai sudah maklum mengenai pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di wad ICU sejak minggu lalu.

“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan medikalnya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarga,” tulisnya.

Minta orang ramai sama-sama membantu dan doakan aktress berkenaan kembali sihat

Dia turut meminta orang ramai untuk berganding bahu bagi membantu pelakon itu selain memohon agar sentiasa menitipkan doa buat Nad Zainal.

“Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post (hantaran) ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” katanya lagi.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan anda melalui sumbangan ke akaun CIMB Pertubuhan Kebajikan As Siddiq di 8604978484.

Manakala bagi yang menggunakan mesin CDM (cash deposit machine), anda boleh email resit ke info@assiddiqaid.com.

Foto: IG Shahrulezad

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.