fbpx
Now Reading
Ramai Puji Tindakan Pantas Lelaki Bantu Jiran Alihkan Kereta Dari Ditenggelami Air [Video]

Ramai Puji Tindakan Pantas Lelaki Bantu Jiran Alihkan Kereta Dari Ditenggelami Air [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan kereta yang diparkir di luar rumah itu sudah hampir ditenggelami air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, sejak minggu lalu Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak selama tiga hari bermula Isnin lalu (28 November).

Oleh itu terdapat beberapa tempat yang sudah dilanda hujan lebat hingga menyebabkan kenaikan paras air secara mendadak.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ribut Petir, Hujan Berterusan Dijangka Landa Seluruh Malaysia Hingga 30 November

Sebagai seorang jiran pula, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk saling bantu-membantu di saat bencana alam ini melanda.

Lelaki bantu jiran alihkan kenderaan yang hampir ditenggelami air

Begitulah yang dilakukan seorang lelaki ini apabila tular video di media sosial dirinya bertindak pantas dan sanggup bersusah payah membantu jiran mengalihkan kenderaan yang nyaris ditenggelami air ketika banjir melanda kawasan perumahannya di Taman Jenderam Aman, Dengkil.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @anasothaman, kelihatan dia dengan tergesa-gesa pergi memanggil jirannya yang sedang berada di dalam rumah.

@anasothaman

Hujan lebat sangat, air naik tiba2… Alert jiran-jiran selamatkan kereta…28/11/2022 – 3.45 pm #banjirjenderam #jkrsepang

♬ Suspense Action Scene (Intense Thriller Soundtrack) – CyberwaveOrchestra

Terpaksa memasuki kawasan rumah jirannya untuk memberi tahu

Memandangkan panggilannya tidak disahut, dia kemudian masuk ke dalam pagar dan mengetuk pintu lalu mengarahkan jirannya untuk mengalihkan kenderaannya agar tidak ditenggelami air.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Isnin lalu pukul 3.45 petang itu terjadi dengan begitu pantas menyebabkan jirannya tidak menyedari keadaan yang berlaku di luar rumahnya.

“Dia tak sedar kot air dah naik. Hujan lebat sangat, air naik tiba-tiba. Alert (Beritahu) jiran minta jiran selamatkan kereta,” tulisnya.

Bantu jiran tolak kereta di saat hujan lebat

Pada video sama, kelihatan dia bersama jirannya serta beberapa orang kanak-kanak turut membantu menolak kereta jenis Perodua Kelisa itu ke kawasan yang lebih selamat di saat hujan masih turun dengan lebatnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji sikap lelaki terbabit yang begitu prihatin terhadap jirannya dan sanggup bersusah payah turun membantu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.