fbpx
Now Reading
Shell Malaysia Perkenal Minyak Enjin Neutral Karbon Pertama, Boleh Didapati Pada Harga RM280

Shell Malaysia Perkenal Minyak Enjin Neutral Karbon Pertama, Boleh Didapati Pada Harga RM280

Minyak enjin neutral karbon pertama di dunia ini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell terlibat dan bengkel-bengkel bebas lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Shell Malaysia hari ini (30 November) melancarkan minyak enjin neutral karbon pertama sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan bagi menawarkan pilihan minyak enjin lebih lestari kepada pengguna tanpa berkompromi prestasi tinggi enjin dan perlindungan enjin.

Ciri-ciri yang dinyatakan ini menjadikan Shell Helix dikenali di seluruh dunia. Minyak enjin ini juga merupakan minyak pelincir neutral karbon pertama yang dihasilkan daripada gas asli.

Shell Malaysia berbesar hati sediakan solusi tenaga rendah karbon pada pengguna

Pengerusi Shell Malaysia, Dato Ivan Tan berkata, syarikat itu berbesar hati kerana dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada penggunanya.

“Daripada pengecasan kenderaan elektrik dan biobahan api, dan kini pelincir karbon neutral,” katanya.

Menurutnya, Shell Malaysia akan meningkatkan usaha dalam solusi berasaskan alam semula jadi bagi menjana kredit karbon berkualiti tinggi yang boleh digunakan untuk mengimbangi pelepasan yang dijana apabila pelanggan membeli dan menggunakan produk Shell Helix Power 5W terbaru.

Selain itu, produk Shell Helix Power dan Protect merupakan minyak enjin yang diformulasikan menggunakan teknologi Shell PurePlus, yang dihasilkan daripada 99.5% minyak asas tulen daripada gas asli serta dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari.

Shell perkenalkan gred kelikatan 5W-40 di bawah varian Power

Sempena pelancaran ini, Shell Helix akan meluaskan lagi tawaran dengan memperkenalkan gred kelikatan 5W-40 di bawah varian Power bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Minyak enjin terbaru yang dilancarkan kini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell yang terlibat dan bengkel-bengkel bebas lain, dengan harga runcit RM 280 di Semenanjung Malaysia untuk pek empat liter dan RM 280.80 di Sabah dan Sarawak.

Pengguna perpeluang dapat speaker Bluetooth Shell Helix secara percuma

Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, pengguna akan mendapat sebuah speaker Bluetooth percuma Shell Helix dengan setiap pembelian pek empat liter Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40, atau Shell Helix Protect 0W-30 di mana-mana kedai terlibat, selagi stok masih ada.

Untuk info, bagi memastikan keaslian produk sebelum pembelian, pelanggan digalakkan mencari logo “Untuk Pasaran Malaysia” di bahagian hadapan label botol.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.