
Wanita Gigih Buat ‘Part Time’ FoodPanda Walker Untuk Bayar Yuran Master
Jelas Alyna tips yang membuatkan dia berjaya melakukan semua perkara tersebut dalam satu masa adalah disiplin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Konvokesyen adalah satu momen yang paling bermakna buat seseorang yang bergelar graduan.
Mana tidaknya ketika inilah mereka mahu meraikan kejayaan setelah pelbagai perkara dikorbankan demi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Wanita jadi FoodPanda walker untuk bayar yuran master
Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila dia menzahirkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pelajaran meskipun terpaksa melakukan kerja sambilan demi membayar yuran pengajiannya.
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh Amalina, dia telah menjadi seorang Foodpanda walker selama dua bulan pada tahun 2021 untuk mengumpul wang bagi membayar yurannya yang ketika itu sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana (master).
Jelasnya ketika melakukan kerja sambilan itu, dia juga mempunyai kerja hakiki di siang hari manakala pada waktu petang pula perlu menghadiri kelas.
2 months jadi foodpanda walker in 2021 untuk kumpul duit nak bayar yuran Master while siang kerja full time, petang ada kelas. Alhamdulillah, I’ve made it 😭❤️#MajlisKonvokesyenUPM46@uputramalaysia
— Silly Lyna (@namasayalyna) November 28, 2022
From this To This pic.twitter.com/XQgn61N0iq
Disiplin adalah tips utama untuk bahagi masa
Menerusi ruangan balas, wanita yang juga dikenali sebagai Alyna turut ditanya bagaimanakah dia membahagikan masa dan tips yang boleh dikongsikan. Dia kemudian menjawab tipsnya adalah perlu berdisiplin dalam setiap perkara yang dilakukan.
“Tips saya adalah wajib disiplin, contoh saya tak akan buat FoodPanda waktu kerja walaupun bekerja di rumah (WFH) sebab tak berkat gaji.
“Saya tak akan buat FoodPanda pada waktu kelas nanti tak faham dan penat mana pun saya akan cuba untuk ikut jadual yang saya dah buat, waktu kerja berapa lama, apa nak buat.
“Tapi memang perit sikit bab penat tu,” ujar graduan Universiti Putra Malaysia ini.
my tips is WAJIB disiplin, contoh I xkan buat foodpanda waktu kerja walaupun WFH sbb tak berkat gaji, I xkan buat foodpanda waktu kelas nnti xfaham & penat mana pun I akan cuba untuk ikut jadual yg i dah buat, shift berapa lama, apa nk buat. Tapi mmg perit sikit bab penat tu 🥹
— Silly Lyna (@namasayalyna) November 29, 2022
Ramai ucap tahniah dan jadikan sebagai inspirasi
Meninjau di ruangan balas, ramai yang kagum dengan perkongsian itu dan mengucapkan tahniah selain menjadikannya sebagai inspirasi untuk berjaya.
Thank you so much 🫶🏼
— Silly Lyna (@namasayalyna) November 28, 2022
Thank you dear. Amiin ya rabbal alamin. Jauh lagi perjalanannya but may we both jadi wanita yg berjaya ok 😙💕
— Silly Lyna (@namasayalyna) November 28, 2022
Thank you 😇🤘🏼Good luck with your future studies!!
— Silly Lyna (@namasayalyna) November 29, 2022