fbpx
Now Reading
Hanya Makan Nasi Dengan Garam Setiap Hari, Warga Bangladesh Berjaya Kumpul 800k Sejak Kerja di Malaysia [Video]

Hanya Makan Nasi Dengan Garam Setiap Hari, Warga Bangladesh Berjaya Kumpul 800k Sejak Kerja di Malaysia [Video]

Warga Bangladesh itu turut mendakwa dirinya sudah memilik rumah berserta tanah di tanah airnya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, negara Malaysia antara pilihan destinasi buat warga asing terutamanya daripada Bangladesh dan Indonesia untuk bekerja kerana nilai mata wang yang lebih tinggi berbanding di negara mereka.

Antara sebab utama mereka berhijrah adalah untuk mencari rezeki dan membawa pulang wang yang diperolehi buat keluarga tercinta.

Malah ada yang sanggup mengikat perut dan mengetepikan keinginan diri demi mengawal perbelanjaan agar duit simpanan sentiasa bertambah.

Namun begitu siapa menyangka seorang warga asing ini berjaya mengumpul wang dengan jumlah yang besar sepanjang dia bekerja di Malaysia.

Warga asing hanya makan nasi dengan garam, cili padi dan bawang merah

Kisah lelaki warga asing ini mula mendapat perhatian selepas tular videonya yang hanya memakan nasi berlaukkan garam, cili padi dan bawang merah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @pokchek906, lelaki tersebut berasa simpati melihat warga asing itu yang sedang menikmati makanannya yang kelihatan begitu kosong dengan penuh nikmat.

“Nampak kesian tapi duit dengan kampung macam gunung,” tulisnya di kapsyen.

Warga Bangladesh kumpul duit RM800 Ribu, ada rumah dan tanah

Ketika lelaki tersebut bertanya mengenai apa yang sudah dimiliki olehnya, warga asing itu mengakui sudah memilik tanah dan rumah di negara asalnya.

Lebih mengejutkan, warga asing itu turut mendakwa sudah berjaya mengumpul wang simpanan miliknya sebanyak RM800,000.

“Takda untung janji kenyang saja, sudah simpan RM800 ribu,” kata warga asing itu.

“Ini macam 100 juta pun boleh simpan boss” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial, malah ada juga yang bersimpati melihat makanan warga asing tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.