fbpx
Now Reading
Siap Cakap BM! Lelaki Malaysia Buat Cameo Dalam Filem Korea Raih Perhatian Ramai [Video]
Cakap bahasa Melayu dalam babak filem Korea

Siap Cakap BM! Lelaki Malaysia Buat Cameo Dalam Filem Korea Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan DJ SP3CK sedang memarahi seorang wanita dengan menggunakan Bahasa Melayu kerana telah mengganggunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang digunakan di Malaysia, sebagai anak jati negara ini sudah tentu kita akan berasa bangga apabila ia digunakan di serata dunia.

Apatah lagi jika bahasa ini turut digunakan di dalam sebuah filem atau drama dari luar negara seperti di dalam filem Minion: The Rise of Gru yang menyebut perkataan ‘nasi goreng kicap manis’ dan ‘terima kasih’.

Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa bahasa ini telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara.

Baca artikel berkaitan: “Nasi Goreng Kicap Manis!” – Netizen Teruja Dengar Minions Cakap Bahasa Melayu [Video]

Tular video cakap Bahasa Melayu dalam babak filem Korea

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @locacolala memaparkan seorang warga Malaysia yang sedang berdialog dengan menggunakan Bahasa Melayu dalam satu babak filem Korea, Jizzy Misfits yang diterbitkan pada tahun 2019.

Filem berkenaan mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita bersama anak perempuan untuk mencari adiknya yang telah mencuri wang keluarga.

Ketuk pintuk hingga ganggu penghuni rumah

Menerusi video tersebut kelihatan seorang wanita sedang mengetuk pintu rumah secara bertalu-talu dan kuat sehingga menggangu seorang lelaki.

Berang dengan keadaan tersebut, lelaki itu kemudian keluar dan memarahi wanita berkenaan dengan menggunakan Bahasa Melayu.

“Hey, hey. Mak cik pagi-pagi ni buat bising apa ni hah?

“Hah b*** betullah!,” marah lelaki itu.

Wanita itu kemudian tersedar bahawa dia sebenarnya sudah tersalah rumah dan memohon maaf kepada lelaki berkenaan yang dilakon oleh seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai DJ SP3CK.

DJ SP3CK artis di Korea di bawah naugan syarikat salah seorang ahli Big Bang

Menurut Malay Mail yang dipetik dari The Seoul Story, DJ SP3CK merupakan salah seorang artis yang kini berpangkalan di Korea Selatan di bawah naungan sebuah syarikat Natural High Record yang dimiliki oleh Seungri iaitu salah seorang daripada ahli kumpulan Big Bang.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut teruja dengan babak tersebut selain turut menyamakan wanita yang mengetuk pintu itu seperti pelakon Malaysia iaitu Kahty Azian.

Ada juga yang menyatakan bahawa DJ SP3CK adalah seorang producer dan juga penulis lagu.

‘Member stress kena ambush pagi-pagi’

‘”Sokey, sokey, sokey” sama macam manglish (Melayu + English)’

‘Ingatkan yang baju merah tu Kahty Azian’

‘Reaksi yang sangat real’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.