fbpx
Now Reading
Video Penumpang Solat Subuh Berjemaah Dalam Tren KTM Raih Pujian Ramai [Video]

Video Penumpang Solat Subuh Berjemaah Dalam Tren KTM Raih Pujian Ramai [Video]

Difahamkan, situasi solat subuh berjemaah di dalam tren tersebut berlaku pada setiap hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai umat Islam, solat lima waktu merupakan ibadah yang wajib dilakukan, hal ini kerana solat fardhu adalah Rukun Islam yang kedua dari lima Rukun Islam yang ada.

Selain itu, jika seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk menggantikan solat itu dengan niat qada.

Bagi yang sentiasa bermusafir pula atas sebab urusan kerja atau sebagainya, mereka dibenarkan untuk melakukan solat jamak.

Oleh itu, umat Islam tidak seharusnya memberi alasan yang tidak munasabah untuk tidak melakukan perintah Allah SWT itu.

Lelaki solat subuh berjemaah dalam tren komuter

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang melakukan solat subuh berjemaah di dalam tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @bentengsejagat, kelihatan beberapa lelaki sedang berdiri solat di atas sejadah ketika gerabak tersebut sedang bergerak.

@bentengsejagat

Solat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini. 😊

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

Difahamkan, ini merupakan kali pertama pemilik akaun itu dapat solat bersama jemaah terbabit kerana dia sempat mengambil wudhuk sebelum menaiki tren tersebut.

“Solat subuh atas train. Kali ini dapat join mereka sebab dah ambik wudhuk siap-siap kat Butterworth. Solat itu mudah, kita semua boleh,” tulisnya dalam video.

Situasi solat subuh berjemaah dalam tren berlaku setiap hari

Menurutnya lagi, situasi solat subuh berjemaah di dalam tren yang dalam berjalanan dari Butterworth (Pulau Pinang) ke Padang Besar (sempadan Perlis dan Thailand) itu berlaku pada setiap hari malah sudah menjadi rutin para penumpang.

“Solat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini.”

“Alhamdulilah, jaga solat walau di mana berada” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan mereka yang tidak meninggalkan solat walaupun ketika berada di dalam tren komuter.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.