fbpx
Now Reading
Wanita Pamer Skil Guna Kalkulator Laju, Tapi Ruangan Komen Penuh Dengan Lelaki Gatal [Video]
Wanita tunjuk Skil

Wanita Pamer Skil Guna Kalkulator Laju, Tapi Ruangan Komen Penuh Dengan Lelaki Gatal [Video]

Orang ramai turut mengecam tindakan segelintir pengguna media sosial yang bertindak untuk memberikan komen yang berunsur lucah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/callmeyid/status/1597774287293001730?s=20&t=niezvQs_geMKuxIbYiwfUQ

Hampir setiap hari melayari media soial, kita pasti pernah melihat beberapa video tular menunjukkan kepantasan seseorang dalam melakukan sesuatu kerja.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan kita berasa teruja dan kagum melihatnya meskipun tahu ia bahawa ia memerlukan latihan yang lama untuk dipraktikan.

Aksi seorang wanita tekan kalkulator undang perhatian ramai

Perkara ini samalah seperti video yang tular di Twitter ini yang memaparkan aksi seorang wanita menunjukkan skilnya sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, wanita itu yang tampil secara live di TikTok dilihat mempamerkan kemahirannya menggunakan kalkulator dengan begitu pantas.

Ramai yang memuji namun ada juga komen jijik yang berbaur lucah

Kepantasan dan kecekapannya menekan butang kalkulator menyebabkan ramai kagum dan memuji wanita berkenaan.

Namun di sebalik puji-pujian itu, ada segelintir darinya yang dilihat mengeluarkan komen menjijikan dan berbaur lucah.

Apa yang lebih menarik perhatian, komen-komen tersebut turut dikecam di Twitter kurang senang dengan tindakan individu berkenaan.

Ini kerana, apa yang dipaparkan oleh wanita itu hanyalah kemahirannya dan tidak mempunyai sebarang unsur lucah atau mengiurkan tetapi ia disalah ertikan oleh segelintir pengguna yang tidak beradab.

Video yang tular di Twitter itu turut mendapat perhatian pemiliknya yang mengucapkan terima kasih kepada orang ramai serta meminta mereka agar tidak melayan komen yang toksik di dalam live itu.

Menurut MOHR, gangguan seksual bukan hanya sentuhan atau melakukan sesuatu perbuatan berbentuk fizikal sahaja.

Malah perlakuan menghantar nota, surat, e-mel, sms, mms, gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik, atau peralatan komunikasi turut didefinasikan sebagai gangguan seksual.

Penjelasan ini jelas menunjukkan individu-individu berkenaan telah melakukan satu kesalahan terhadap wanita tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.