fbpx
Now Reading
Bayi Setahun Dibaham Buaya, Bapa Meraung Kesedihan Tak Sempat Selamatkan Anak [Video]

Bayi Setahun Dibaham Buaya, Bapa Meraung Kesedihan Tak Sempat Selamatkan Anak [Video]

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di kawasan perairan Lahad Datu, Sabah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (1 Disember), tular di media sosial seorang bapa yang hanya mampu meratap kesedihan selepas anaknya dibaham buaya di depan matanya di Lahad Datu, Sabah.

Gagal mengawal kesedihan, lelaki terbabit dilihat meraung tatkala mengenang nasib yang menimpa anaknya itu.

Lelaki cedera parah, cuba selamatkan anak dari diserang buaya

Difahamkan, lelaki terbabit turut mengalami kecederaan parah ketika cuba menyelamatkan anaknya itu dari serangan sang buaya yang menganas.

@justmannnnn

aduii kesian ohh, yg merakam ni sampai hati jgk ckp bgitu ohh🥲 sedih tgk pacik ni..jelas apa pn dia sdh brjuang demi anaknya,luka pun bukan kecik ohhh,ya allah syurga buatmu dekk🥲apa pun tabik buatmu pcik sanggup tarung nyawa selamatkan anakmu dari buaya🥲tempat kejadian tidak pasti banyak cakap di lahad datu sabah

♬ bunyi asal – aiman – aiman

Terdahulu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dari Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu.

Mangsa dan anaknya sedang mendayung sampan ketika diserang buaya

Dua orang mangsa yang terlibat pada ketika itu sedang menjalankan aktiviti mendayung sampan di kawasan laut sebelum disambar oleh buaya.

Tambah saksi tersebut, hanya seorang mangsa yang berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi tidak dijumpai.

Mangsa yang diselamatkan pula sudah dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Bayi yang hilang belum ditemui, operasi mencari masih dijalankan

Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu sedang menjalankan operasi Search And Rescue (Surface) bersama agensi bantuan Polis Marin menggunakan bot di kawasan mangsa dilaporkan dibaham buaya.

Namun, sehingga kini bayi berusia satu tahun itu masih belum ditemui dan operasi mencari mangsa masih giat dijalankan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.