fbpx
Now Reading
Keputusan Kerajaan Negeri Adalah Muktamad, Tidak Akan Bekalkan Air Ke Pulau Pinang – MB Perak

Keputusan Kerajaan Negeri Adalah Muktamad, Tidak Akan Bekalkan Air Ke Pulau Pinang – MB Perak

Menurut Menteri Besar Perak, hal ini kerana kapasiti air di Sungai Perak hanya mencukupi untuk kegunaan dalam negeri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Perak teguh dengan pendiriannya yang tidak mahu membekalkan air ke Pulau Pinang walaupun kerajaan negeri yang dibentuk ketika ini merupakan gabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan kerajaan Perak pada Mac lalu adalah muktamad mnegenai Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) kepada Pulau Pinang yang tidak akan dilaksanakan.

“Sama ada BN atau PH, ia berkaitan bekalan air di Perak” – Saarani

“Sama ada kerajaan BN atau kerajaan PH, ia berkaitan bekalan air di Perak ini sama ada mencukupi untuk kegunaan dalam negeri atau tidak. Ia bukan pasal kerajaan PH (menerajui Pulau Pinang) dan BN (menerajui Perak) sebelum ini.

“Ini kerana mana-mana kerajaan pun yang mentadbir, masalah kita di Perak ialah kapasiti air di Sungai Perak hanya mencukupi untuk kegunaan dalaman, apatah lagi apabila Perak akan kita bangunkan sebagai sebuah negeri perindustrian yang akan memerlukan air yang banyak,” katanya.

Kenyataan itu diberikan olehnya selepas melawat projek pembangunan penginapan pekerja berpusat (CLQ) di Asrama Murni, Ipoh semalam (1 Disember).

ADUN Komtar ingin kerajaan Pulau Pinang teruskan rundingan projek SPRWTS

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan itu juga diminta mengulas laporan sebuah portal berita baru-baru ini mengenai gesaan ADUN Komtar, Teh Lai Heng yang ingin kerajaan Pulau Pinang meneruskan rundingan pelaksaan SPRWTS dengan kerajaan Perak yang kini ditadbir bersama oleh BN dan PH.

Ujar Teh Lai, ini merupakan peluang berharga untuk menjayakan projek SPRWTS yang tergendala sejak 11 tahun lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.