fbpx
Now Reading
Ramai Kagum Lihat Gadis Berjaya Konvo Walau Lalui Pelbagai Cabaran Selepas Ibu Bapa Jatuh Sakit [Video]
gadis lalui pelbagai cabaran

Ramai Kagum Lihat Gadis Berjaya Konvo Walau Lalui Pelbagai Cabaran Selepas Ibu Bapa Jatuh Sakit [Video]

Meskipun perlu menjaga ibu bapa yang sakit namun ia tidak mematahkan semangat Diana untuk terus berjuang dalam pengajiannya sehingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi setiap yang bergelar mahasiswa sudah tentu mereka mengimpikan untuk menamatkan pengajian dengan jayanya.

Malah kejayaannya itu juga turut ingin diraikan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan moral sepanjang melanjutkan pelajaran.

Lalui pelbagai cabaran sebelum berjaya dapatkan ijazah sarjana muda

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Sharifah Diana yang menunjukkan kejayaannya bergelar graduan selepas berdepan pelbagai cabaran dan rintangan demi mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menerusi video tersebut, Diana menyatakan cabaran bermula apabila bapanya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk membuat pembedahan bagi memotong tiga jarinya.

@shrfhdiana2398

Hari Bahagia yang dinanti 🎓 Sebuah pengorbanan dan perjuangan yang mengajar diri ini apa itu erti cekal dan sabar Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada semua insan yang Allah kirimkan sepanjang kisah perjuangan degree ini yang penuh suka duka. #konvoukm50 #konvokesyen #konvoukm #convocation #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ bunyi asal – nikabby 1616 – nikabby 1616

Jelasnya ketika itu semangatnya masih kuat untuk menghabiskan degree kerana hanya tinggal thesis dan latihan industri yang perlu dilakukan sebelum menjadi graduan.

Keadaan bapa semakin kritikal terpaksa tangguh pengajian

Namun keadaan bapanya menjadi kritikal sehingga menyebabkan dirinya sedih dan tidak dapat memberikan fokus untuk melakukan thesis.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajiannya kerana mahu memberikan fokus untuk menjaga ibu bapa yang ketika itu tidak berapa sihat.

‘Alhamdulillah dapat penyelia yang sangat memahami sentiasa bagi kata-kata semangat. Alhamdulillah keadaan abah makin baik.

“Diana percaya abah kuat semangat, berkat doa dari semua percaya pasti ada keajaibannya,” jelas gadis itu.

Tak putus-asa, terus fokus tulis thesis

Meskipun pernah menangguhkan pengajian buat sementara waktu namun Diana tetap tidak berputus-asa untuk terus memberikan fokus dalam menyiapkan thesisnya dan kemudian memulakan latihan industrinya apabila thesis sudah dihantar.

Namun dia sekali lagi diuji apabila keadaan buah pinggang ibunya semakin teruk dan perlu di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan perlu menjalani dialisis dengan segera.

“Lepas tu dapat pula khabar abah dimasukkan ke ICU dan perlu diintubasi sebab oksigen menurun. Abah memang ada masalah paru-paru.

“Habis je latihan industri terus balik ipoh, tiga kali seminggu teman mak abah pergi dialisis selalu bawak abah je. Moga Allah beri kekuatan dan kesembuhan buat kedua-duanya,” ujar Diana.

Kongsi video ambil gambar bersama ibu bapa pakai jubah konvo

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Diana turut menunjukan dia bersama kedua ibu bapanya bergambar dengan memakai jubah graduasi menyatakan bahawa akhirnya dia berjaya menamatkan pelajaran walau terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

@shrfhdiana2398

Alhamdulillah syukur Allah bagi peluang untuk terus berbakti jaga mak abah yang sakit 😭 finally, dapat bergambar dengan mak abah dengan jubah konvo 🎓🎓 Sungguh, ujian itu menguatkan ☺️👩🏻‍🍳 #konvo #konvoukm50 #konvokesyenukm50 #convocationukm #convocationday #convocation2022 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ Semoga Abadi – Misha Omar

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dan bangga dengan semangat Diana serta mengucapkan tahniah kepadanya.

‘Awak adalah yang paling kuat’

‘Tahniah, sangat bangga dengan awak’

‘Akak kena tahu, akak insan yang terpilih’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.