fbpx
Now Reading
“Saya Tak Takut Disiasat..” – Muhyiddin Sangkal Dakwaan Seleweng RM600 Bilion

“Saya Tak Takut Disiasat..” – Muhyiddin Sangkal Dakwaan Seleweng RM600 Bilion

Mengakui tidak pasti bagaimana angka RM600 bilion itu boleh timbul, Ahli Parlimen Pagoh bagaimanapun percaya ianya dipetik dari 8 Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion yang pernah beliau umumkan ketika memimpin kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai dakwaan segelintir ahli politik bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menyeleweng wang sebanyak RM600 Bilion sewaktu bergelar Perdana Menteri.

Meskipun tiada maklumat terperinci, pihak-pihak tersebut mendakwa amaun tersebut merupakan dana kecemasan RM600 bilion yang telah digunakan ketika tempoh darurat.

Isu tersebut menjadi lebih panas selepas timbul pula dakwaan ianya digunakan sebagai dana politik sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Nafi selewang dana, tak tahu dari mana datang angka RM600 bilion

Enggan berdiam diri, Muhyiddin menerusi satu hantaran di Facebook menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan memaklumkan tidak takut disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas ada pihak yang membuat laporan berhubung perkara itu.

Mengakui tidak pasti bagaimana angka RM600 bilion itu boleh timbul, Ahli Parlimen Pagoh itu bagaimanapun percaya ianya dipetik dari 8 Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion yang pernah beliau umumkan ketika memimpin kerajaan.

Namun beliau menegaskan adalah mustahil untuk menyeleweng dana itu memandangkan ia adalah wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank, yang bukan diuruskannya.

“Tidak ada satu sen pun wang ini masuk ke akaun peribadi saya. Tak masuk akal wang bantuan rakyat yang dimasukkan terus ke dalam akaun mereka boleh diseleweng masuk ke akaun saya.

“Saya tidak takut untuk disiasat kerana tahu saya tidak seleweng duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan untuk digunakan bagi tujuan membantu rakyat ketika zaman susah.

“Daripada keseluruhan RM530 bilion ini, sebahagian besarnya adalah berbentuk non-fiskal, iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

“Ini termasuk pengeluaran KWSP i-Lestari, i-Sinar, i-Citra bernilai RM145 bilion, pengurangan pembayaran KWSP bernilai RM10 bilion, moratorium bayaran pinjaman bank untuk individu dan syarikat bernilai RM180 bilion, jaminan kerajaan untuk pinjaman syarikat bernilai RM80 bilion dan inisiatif-inisiatif lain.”

Jelas beliau lagi, jika benar perkara itu dilakukannya, pasti Jabatan Audit Negara (JAN) dan Bank Negara sudah dapat mengesannya terlebih dahulu.

Beliau dalam masa sama turut meluahkan kekecewaan apabila ada individu di dalam kerajaan yang dilihat menggunakan pihak polis untuk menekan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.

“Cuma pesan saya kepada ahli-ahli politik PH dan UMNO, janganlah asyik menuding jari kepada orang lain dengan menuduh yang bukan-bukan semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan yang baru berusia beberapa hari ini yang kelihatan masih belum ada idea bernas untuk menyelesaikan permasalahan rakyat. Awak dah jadi kerajaan, act like a government.”

Sebagai rekod, akaun Facebook rasmi PN pada 9 November ada memuat naik foto memaklumkan RM600 Bilion telah dibelanjakan kepada rakyat semasa negara berdepan Covid-19.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.