fbpx
Now Reading
“Ada Usaha Agar Kabinet Tidak Tahan Lama” – Shahidan Kasim

“Ada Usaha Agar Kabinet Tidak Tahan Lama” – Shahidan Kasim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Disember lalu telah mengumumkan senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada 28 Menteri termasuk dua Timbalan Perdana Menteri.

Susulan dari pengumuman tersebut, timbul pelbagai reaksi di mana ada yang bersetuju dan ada juga yang kurang gemar dengan pelantikan Kabinet tersebut yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Senator dari gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Baca artikel berkaitan : Ini Senarai Penuh Jemaah Menteri PM10 Anwar Ibrahim, Zahid dan Fadillah Sebagai TPM

Ada usaha agar Kabinet Anwar tidak bertahan lama

Terbaharu Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa ada usaha yang sedang dijalankan agar Jemaah Menteri tersebut tidak bertahan lama dan Perikatan Nasional (PN) akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat.

“Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku.

“Jadi kami sedang berusaha supaya kabinet ini tidak tahan lama dan insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat.

“Parti yang menang besar ialah anggota daripada PN, iaitu PAS,” katanya dipetik dari MalaysiaKini.

Sifatkan Jemaah Menteri yang dilantik tiada pengalaman, kurang kepakaran

Shahidan yang merupakan bekas pemimpin UMNO turut menyifatkan Jemaah Menteri yang dilantik Anwar terdiri daripada mereka yang tiada pengalaman dan kurang kepakaran.

“Yang pertamanya kurang kepakaran pada pandangan mereka. Itu sebab mereka terpaksa lantik orang kalah untuk jadi menteri.

“Padahal orang kalah ini orang yang sudah tidak dapat kepercayaan rakyat, tidak wajar memimpin lagi. Dia jadi pengikut sudahlah ataupun jadi senator biasa.

“Ahli parlimen ramai yang hebat tetapi tak dilantik, di kalangan UMNO dan DAP, untuk menerajui kementerian-kementerian penting tapi mungkin dia (Anwar) anggap mereka ini tidak pandai ataupun tidak pakar, hingga terpaksa lantik mereka yang kalah,” kata Shahidan lagi.

 Beliau dalam masa sama turut menyifatkan pelantikan empat menteri daripada kalangan senator adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Saya tengok kawan-kawan di kalangan dalaam UMNO tu, kasihan mereka.

“Tapi jangan bimbang kalau mereka tak dipercayai, datanglah kepada PN. Kami akan percayakan mereka,” kata Shahidan lagi.

Terdahulu Shahidan memenangi kerusi Parlimen Arau atas tiket PN selepas digugurkan Barisan Nasional (BN) beberapa hari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tindakan Shahidan dilihat memberikan satu impak yang besar buat Perlis apabila PN menyapu bersih semua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau, selain menang di 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PRU15 turut menyaksikan PAS menjadi parti yang menang paling banyak kerusi iaitu 49, diikuti DAP dengan 40 kerusi.

Kedudukan itu bagaimanapun berbeza dari segi gabungan di mana PH lebih selesa dengan 82 kerusi berbanding PN yang memenangi 73 kerusi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.