Tak Mahu Tuduh, Tapi Zahid Yakin Dana Pilihan Raya ‘Pihak Sana’ Dari Syarikat Judi [Video]

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini (6 Disember) mendakwa dia yakin dana pihak di ‘belah sana’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu datang dari syarikat perjudian.

Tidak mahu menuduh, Presiden Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun yakin dana dari syarikat judi adalah salah satu sumbernya kerana kerajaan terdahulu yang sebelum ini dipimpin pihak di ‘belah sana’ yang turut dianggotai oleh sebuah parti Islam sudah meluluskan cabutan khas judi sebanyak 22 kali setahun, lapor Utusan Malaysia.

“Saya tidak menuduh tapi saya yakin salah satu sumbernya mungkin, kerana dulu di bawah pemerintahan mereka, kerajaan yang dipegang satu parti Islam juga telah meluluskan cabutan undi kepada 22 kali setahun.

“Bukan tuduhan. Saya syak duit itu untuk membiayai aktiviti terutama membeli pengaruh dalam pilihan raya umum lalu.

“Saya tidak terkejut jika di DUN Tioman ini ada lagi banyak baki wang itu akan diberikan, sama ada malam ini atau sekarang atau esok. Nasihat saya rezeki datang ambil, undi jangan beri,” kata Zahid.

Kenyataan ini dikeluarkan Zahid ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Terbuka Rompin, Pahang pada petang Selasa.

Semalam (5 Disember) Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Memetik MalaysiaKini,  Anwar menyebut dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau sebelum itu menegur pentadbiran PN kerana telah menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun pada tahun 2020.

Ia fitnah, tuduhan serius – Muhyiddin

Dakwaan tersebut menurut Pengerusi PN,  Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah fitnah dan satu tuduhan yang sangat serius.

Malah beliau menyifatkan kenyatan Perdana Menteri hanyalah sekadar andaian berdasarkan kempen meluas PN ketika PRU15 selain ia tidak disokong bukti yang kukuh.

“Ya, itu fitnah, mana buktinya? Mudah sangat nak lempar tuduhan sebegitu. Kita (PN) ada prinsip, kalau nak terima sokongan pun kita tak terima dari sumber yang haram.

“Jadi, saya tidak tahu bagaimana Perdana Menteri membuat dakwaan begitu serius hanya kerana kita menang (banyak kerusi) dan hanya kerana kita mempunyai banyak bendera atau kita telah menggerakkan jentera kita dengan berkesan dan menewaskannya sehingga UMNO mengalami kekalahan besar di lapan negeri,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

13 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

13 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

13 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

15 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

15 hours ago