fbpx
Now Reading
Aksi Romantik Uncle Ini Buat Kejutan Beli Kereta Pada Isteri Raih Perhatian Ramai [Video]
Uncle suprisekan isteri beri kereta

Aksi Romantik Uncle Ini Buat Kejutan Beli Kereta Pada Isteri Raih Perhatian Ramai [Video]

Aksi comel uncle itu membuat kejutan buat isterinya turut membuatkan orang ramai merasakan ia suatu perkara yang ‘sweet’ dalam hubungan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kata orang apabila menjadi suami isteri adakalanya kita perlu memberikan elemen kejutan seperti hadiah atau perkara yang digemari oleh pasangan.

Ini kerana, ia secara tidak langsung dapat mengembalikan rasa cinta antara satu sama lain dan membuatkan sesebuah hubungan itu lebih bahagia.

Uncle buat kejutan untuk isteri undang perhatian ramai

Perkara ini samalah seperti video yang tular apabila uncle ini membuat kejutan dengan membeli sebuah kereta untuk isterinya hingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @lilie_proton, pada awalnya kelihatan Uncle itu berpura-pura melihat kenderaan apa yang ingin dibeli ketika berada di sebuah pameran kereta jenama Proton.

Dia kemudian masuk ke dalam salah sebuah kenderaan kononnya seperti mahu merasai pengalaman berada dalam kereta tersebut.

“Awal-awal tu Uncle berlakon dengan saya kononnya nak tengok kereta nak survey.

“Tapi dah beli hadiah untuk isteri nak buat kejutan,” ujar Lilie.

Isteri terkejut semasa replika kunci diserahkan

Namun secara tiba-tiba Lilie datang menyerahkan replika kunci kereta kepada isteri Uncle berkenaan dan menyatakan bahawa ia adalah kejutan dari suaminya.

Dia kemudian seperti terkejut seperti tidak percaya bahawa kereta tersebut adalah miliknya sebelum ketawa kerana gembira dengan pemberian tersebut.

Aksi romantik pasangan itu bagaimanapun turut mengundang perhatian ramai yang menyatakan mereka kelihatan sweet dan romantik.

‘Ahhh comelnya’

‘Comel je aunty tu cuit-cuit peha uncle.. semoga bahagia berkekalan uncle aunty’

‘Punya dia sayang dekat bini, kau tengok no plat dia so lovely’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.