fbpx
Now Reading
Wanita Terpaksa Buang Mainan Anak Kerana Dapat Gangguan Mistik [Video]
Wanita buang permainan anak

Wanita Terpaksa Buang Mainan Anak Kerana Dapat Gangguan Mistik [Video]

Jelas wanita itu, dia terpaksa membuang permainan tersebut selepas berlaku pelbagai kejadian aneh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila mempunyai anak kecil sudah tentu ibu bapa akan membelikan barangan seperti mainan yang bersesuaian dengan umur mereka.

Permainan ini bukan hanya dianggap sebagai alat untuk bermain dan menghiburkan anak sahaja tetapi terdapat juga mainan yang meransang perkembangan otak serta kemahiran kanak-kanak.

Wanita terpaksa buang mainan anak lepas terima pelbagai gangguan

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @sarasaera1 memaparkan satu permainan berbentuk rusa milik anak kecilnya yang terpaksa dibuang.

Menurut Sara, terdapat banyak kejadian aneh yang berlaku di dalam rumahnya seperti anaknya seolah-olah sedang bermain dengan seseorang setiap kali bermain rusa tersebut.

“Terlalu banyak sangat gangguan datang dari benda ni. Anak aku seolah-olah main dengan seseorang bila dia main benda ni.

“Semalam ada tetamu datang tidur bahagian ruang tamu, pagi tu dia bagitahu aku dia tak dapat tidur dengar macam orang mendengus marah berkali-kali. Dia yakin bunyi tu dari benda ni!” ujar Sara.

Dia yang bimbang dengan gangguan tersebut kemudian mengambil keputusan untuk membuang permainan tersebut di satu tempat pembuangan sampah.

Permainan dah tiada mungkin sudah diambil orang lain

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Sara menyatakan dia ada ke tempat pembuangan itu semula namun permainan itu sudah tiada di tempat berkenaan dan ia mungkin sudah diambil oleh orang lain.

“Nak kongsi lagi, sepanjang mainan tu ada dekat rumah, saya memang simpan dalam bilik anak je.. satu hari tu anak buah saya tumpang tido bilik anak dan dia mengadu bunyi kuda lompat-lompat tepi katil.

“Memang patutlah kan saya buang sebab ramai tetamu yang mengadu benda sama,” jelasnya lagi.

Melihat di ruang komen, ramai menyatakan perkara itu menakutkan dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi yang sama.

‘Seram’

‘Kuda ni lah turun tangga tengah-tengah malam masa tinggal dalam banglo boss dulu’

‘Alamak dekat rumah ada sekor nak kena buang ke’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.