fbpx
Now Reading
Pengguna Boost Berpeluang Menang Tiket Blackpink World Tour Di KL Dengan Hanya Tebus Reward RM2
Boost beri peluang kepada pengguna menangi tiket konsert Blackpink

Pengguna Boost Berpeluang Menang Tiket Blackpink World Tour Di KL Dengan Hanya Tebus Reward RM2

Ganjaran RM2 tersebut boleh ditebus oleh setiap pengguna Boost menerusi laman sesawang atau aplikasi bermula 8 Disember hingga 7 Januari ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat Blackpink di seluruh negara sudah tentu tidak sabar untuk menanti kemunculan selebriti terkemuka global mereka di Malaysia pada tahun depan!

Untuk menambahkan lagi keseronokan, Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau dan penaja utama bagi konsert Blackpink World Tour [Born Pink] Kuala Lumpur (KL) akan memberikan peluang ekslusif kepada penggunanya untuk memenangi tiket bagi menyaksikan persembahan kumpulan penyanyi tersebut.

Kempen Rewards 2 No End adalah kejutan untuk pengguna Boost

Peraduan ini ialah sebahagian daripada kempen Rewards 2 No End (Ganjaran Tiada Penghujung) Boost yang berlansung pada 8 Disember hingga 7 Januari 2023.

Kempen itu merupakan kejutan istimewa oleh Boost bagi menggembirakan lebih 10 juta penggunanya sempena musim cuti ini.

Sepanjang tempoh kempen ini berjalan, pengguna Boost berpeluang untuk menebus ganjaran RM2 Boostpink Wallet bagi menikmati diskaun sebanyak RM2 ketika membayar dengan Boost.

5 langkah tebus ganjaran RM2

Ikuti langkah ini untuk menebus ganjaran RM2 anda:-

  • Kunjungi halaman ‘BoostUP Rewards Catalogue’ (Katalog Ganjaran BoostUP) pada jam 2 petang setiap hari untuk melayari, memilih dan menebus ganjaran RM2 Boostpink Wallet. Setiap pengguna hanya boleh menebus sehingga RM2 Boostpink Wallet setiap hari.
  • Selepas berjaya menebus ganjaran, ambil gambar skrin ganjaran RM2 Boostpink Wallet yang sudah ditebus di halaman ‘My Partner Wallet’ (Dompet Rakan Niagaku) bagi merebut peluang memenangi tiket konsert tersebut.
  • Kemudian, kongsikan gambar di laman Instagram atau Facebook milik anda dan tag dua rakan dan @mybooststapp berserta #BoostxBLACKPINK, bersama dengan Invite Code (Kod jemputan) anda bagi melengkapkan penyertaan.
  • Bagi mendapatkan Invite Code, anda hanya perlu pergi ke profil aplikasi Boost tekan pada butang ‘Refer & Earn’ (Rujuk & Untung) dan salin Invite Code.
  • Dua pememang akan dipilih pada setiap minggu untuk sejumlah lapan pemenang bertuah secara keseluruhan yang berpeluang untuk menyaksikan konsert BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR.

Tebus setiap hari pada jam 2 petang, ganjaran sah digunakan pada hari yang sama

Untuk makluman penebusan RM2 Boostpink Wallet adalah terhad pada setiap hari. Oleh itu, pastikan anda membuka aplikasi berkenaan pada setiap jam 2 petang kerana itulah masanya ganjaran tersebut akan diperbaharui setiap hari sepanjang tempoh kempen.

Selepas ditebus, ganjaran adalah sah untuk digunakan pada hari yang sama sahaja. Ganjaran itu akan digunakan secara automatik bagi diskaun RM2 apabila membuat perbelanjaan minimum RM10 di mana-mana satu daripada lebih setengah juta peniaga Boost di seluruh negara.

Sebelum ini, album penuh kedua Blackpink berjudul [Born Pink] menduduki tempat pertama dalam Billboard Top 200 Album Sales. Projek skala besar ini, [Born Pink] menjadikan mereka kumpulan wanita k-pop pertama dalam sejarah untuk mencatatkan double million seller.

Dibawakan oleh YG Entertainment dan dipromosikan oleh Live Nation, [Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa] akan melancarkan jelajah ASIA terbesar dalam sejarah kumpulan K-Pop pada tahun depan dengan dua konsert berturut-turut pada 7 dan 8 Januari di National Stadium di Bangkok, dan kemudian akan singgah di banyak bandar raya lain termasuk Hong Kong, Riyadh, Abu Dhabi, Kuala Lumpur, Jakarta, Kaohsiung, Manila serta Singapura.

Untuk maklumat lanjut berhubung kempen Rewards 2 No End yang dianjurkan Boost, layari laman sesawang di https://myboost.app.link/Gw8r2L46wvb

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.