fbpx
Now Reading
Ahmad Maslan Sahkan UMNO Pecat Annuar Musa & Dua Ketua Wanita Bahagian

Ahmad Maslan Sahkan UMNO Pecat Annuar Musa & Dua Ketua Wanita Bahagian

Dua lagi yang turut dilucutkan keahlian adalah isteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan isteri Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Teka-teka siapa pemimpin akar umbi yang dipecat keahliannya dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi semalam (11 Disember) akhirnya terjawab apabila Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan individu berkenaan adalah bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Selain Annuar, dua lagi pemimpin yang dilucutkan keahliannya adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran Datin Seri Fatimah Kassim, isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Memetik Berita Harian, Ahmad Maslan berkata, MKT UMNO mengambil tindakan itu mengikut fasal 10.6 Perlembagaan, yang memberi hak kepada parti untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya.

Ini jelasnya termasuklah jika seseorang ahli UMNO itu terbukti melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti serta perkara mengenai tata etika ahli.

“Pemecatan mereka berkuat kuasa serta merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini,” katanya kepada media selepas meninjau Program Khatan Perdana Masjid Kampung Jawa Ulu, di Pontian pagi Jumaat, 9 Disember.

Annuar Musa sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di media sosial.

Bahkan beliau turut membuat pendedahkan ekslusif mendakwa kepimpinan BN yang diterajui Zahid sebenarnya sudah lama merancang untuk bergerak secara solo dalam PRU15 agar mereka dapat mengangkat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Manakala jawatan Shamsiah dan Fatimah pula sudah digantung sejak bulan lalu selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Suami-suami mereka iaitu Shahidan dan Ismail memenangi PRU15 atas tiket Perikatan Nasional.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.