
“Jangan Tuduh Saya Derhaka, Saya Berhak Tegur Raja” – Raja Petra Kamarudin
Dengan kedudukannya sebagai kerabat, RPK mendakwa dia sememangnya mempunyai hak menegur untuk menegur ‘Raja’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Blogger dan pengasas Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin atau RPK menyelar dakwaan segelintir pihak yang menyifatkannya sebagai seorang yang menderhaka kepada Institusi Diraja.
RPK menerusi satu ciapan di Twitter mendedahkan yang dia merupakan keturunan pahlawan Melayu dan Yang Dipertuan Muda Johor-Riau, Almarhum Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak.
Dengan kedudukannya sebagai kerabat, RPK mendakwa dia sememangnya mempunyai hak menegur untuk menegur ‘Raja’.
“Saya keturunan Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak dari Riau, seorang pahlawan yang digelar ‘Raja Api’. Jadi jangan tuduh saya menderhaka kepada Raja.
“Saya berhak tegur Raja kerana bukan semua Raja berhak duduk di atas takhta,” ciapnya di Twitter.
Saya keturunan Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak dari Riau, seorang pahlawan yang digelar “Raja Api”. Jadi jangan tuduh saya menderhaka kepada Raja. Saya berhak tegur Raja kerana bukan semua Raja berhak duduk di atas takhta. Pergi belajar sejarah sebelum komen tentang saya pic.twitter.com/MiqaQ2YCjq
— Raja Petra Bin Raja Kamarudin (@RajaPetra) December 8, 2022
Tambah blogger yang kini menetap di United Kindom (UK) itu lagi, orang ramai seharusnya menyemak sejarah sebelum memberikan sebarang pendapat tentang dirinya.
“Pergi belajar sejarah sebelum komen tentang saya.”
Perkongsian yang dilakukan RPK bagaimanapun mendapat komen yang negatif dari pengguna Twitter. Ada yang dilihat menyindir pendedahannya, dan ada juga yang merasakan blogger itu tidak layak memberikan pendapat kerana duduk di luar negara.
"raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"
— 🇲🇾Azlan Strider🇲🇾 (@azlanstriders) December 9, 2022
zaman sekarang bukan macam dulu.. respect need to be earn.. kalau hidup kata nk mempertahan melayu tapi duduk nun dihujung sana buat apa ktorg kat sini nak dengar..nape tak balik sini tgk dgn mata sendiri kepayahan rakyat.
Dia raja dari riau tapi duduk di London dan menyatakan hak dia untuk mempertikaikan raja di Malaysia. Ibarat kata pengikut Hadi Awang mcm dia ni point takdak, jenis tnye lain cakap lain
— Lee Rohee (@rohee_lee) December 8, 2022
Betul Gelaran "RAJA API" itu diberi kepada Almarhum,dan Kau Pula Diberi Gelaran "RAJA BATU API". Sy setuju juga dgn Saudara RAJA BATU API,bukan Semua Raja berhak duduk diatas takhta seperti Saudara sendiri dan Saudara Rajalingam,Rajasamy dan Raja Dangdut Roma Irama.
— DEMI NEGARA!!! (@LKalung) December 9, 2022
Saya keturunan Maximus Decimus Meridius, commander of the Armies of the North, General of the Felix Legions and loyal servant to the true emperor, Marcus Aurelius. Pergi belajar sejarah sebelum komen tentang saya.
— Abah (@chairman_GLC) December 9, 2022
RPK ‘dicop’ menderhaka
RPK sebelum ini pernah dicop menderhaka kepada institusi diraja oleh beberapa pengguna media sosial apabila mengeluarkan kenyataan mempersoal tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pemilihan Perdana Menteri ke-10 (PM10).
Malah dia kemudiannya turut menyoalkan pembentukan Kerajaan Perpaduan kerana kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara sebelum itu hanya mengumumkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM10.
Siapa tipu siapa …balik la ke Malaysia kami rindu sungguh² RPK….balik tau….apa pun derhaka keputusan YDPA dlm perlantikan PM 10
— Orang Lama (@window0048) November 26, 2022
bia-DAP. derHaka raja petra ni. https://t.co/mvFk4jOrFI
— Encik Mad Boi (@syafiqjamil) November 22, 2022
Beliau juga pernah dikaitkan dengan satu insiden serupa pada 2021 apabila tular video seorang lelaki dipercayai RPK mengeluarkan kenyataan bahawa YDPA terbabit dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan pada waktu itu.
Menurut Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), tindakan RPK adalah satu bentuk hasutan dan boleh disifatkan tindakan derhaka terhadap Baginda.