fbpx
Now Reading
Prank Tekup Kek: Teruk Dikecam, TikToker Mohon Maaf Akui Ia Hanya Lakonan [Video]

Prank Tekup Kek: Teruk Dikecam, TikToker Mohon Maaf Akui Ia Hanya Lakonan [Video]

Terdahulu pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil mendedahkan video prank tersebut hanyalah satu lakonan dan Daing adalah salah seorang peserta bagi program Raja Viral yang bersiaran di TikTok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas dikecam hebat, TikToker, Daing Ellando atau nama sebenarnya Daing Iskandar Mohd Tahir tampil memohon maaf kepada orang ramai susulan tindakannya memuat naik video prank menekup seorang wanita dengan kek.

Dia yang tampil menerusi satu video di TikTok mengakui video prank yang dihasilkannya hanyalah satu lakonan semata-mata.

“Assalamualaikum, saya Daing Iskandar Mohd Tahir ingin membuat permohonan maaf secara terbuka dan tanpa bersyarat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya pihak yang terkesan dengan video (prank) sama ada secara langsung atau tidak.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh di atas setiap kesan sama ada baik atau buruk hasil daripada hantaran video itu. Saya ambil iktibar atas kekhilafan ini dan memohon kepada semua pihak agar tidak meniru aksi prank seperti itu.

“Saya juga belajar meneladani adab, budaya, norma ketimuran yang sesuai untuk pengamalan secara harmoni di Malaysia. Saya harap tiada lagi yang kongsi dan anda boleh tutup (buang) video itu,” katanya.

‘Mangsa’ adalah ibu angkatnya

Di dalam video sama, TikToker itu turut menjelaskan bahawa mangsa di dalam video tersebut bukanlah orang lain sebaliknya ibu angkatnya sendiri.

“Ia adalah lakonan semata-mata dan sebenarnya bukan nak prank emak, tetapi orang sekeliling tiada langsung yang peduli,” katanya.

‘Mangsa’ turut mohon maaf

Perkara sama turut dikongsikan wanita berkenaan yang menjelaskan dia menerima tawaran untuk berlakon demi membantung Daing mengembangkan bakatnya di TikTok.

Malah dia mengakui kasihan melihat Daing yang teruk dikecam ekoran dari penularan video tersebut.

Wanita itu turut mengambil kesempatan memohon maaf atas apa yang terjadi dan berjanji tidak akan mengulanginya.

“Saya memohon kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyangka saya telah terkena prank. Saya sangat-sangat kasihan kepada Daing kerana tujuan saya membantu dia (berlakon) agar dia menjadi lebih sukses, tapi akhirnya ia viral hingga menjadi kutukan, kecaman dan yang paling teruk ada yang mengugut bunuh dia.

“Saya ingin menyatakan di sini saya di antara orang yang berlakon di dalam video tersebut. Saya diberikan tugas untuk melakonkan watak sebagai ibu yang membawa anak OKU yang mana saya kena prank dengan kak.

“Saya bersetuju melakonkan watak itu demi membantu anak-anak muda di dalam TikTok.

“Saya minta maaf sekiranya lakonan atau prank itu mengguris hati rakyat Malaysia dan berharap anda maafkan kami. Insya Allah kami tak akan lakukan lagi,” katanya.

Peserta program Raja Viral yang disiarkan di TikTok

Terdahulu penularan video prank bernama ‘Menguji Kesabaran’ itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan dia terlalu biadap dan tiada pertimbangan dalam menghasilkan konten.

Malah ramai yang mahukan nasib wanita itu dibela kerana diperlakukan sebegitu rupa.

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil kemudiannya tampil mendedahkan bahawa video prank tersebut hanyalah satu lakonan dan Daing adalah salah seorang peserta bagi program Raja Viral yang bersiaran di TikTok.

Selaku Mentor program itu Pak Nil mengakui namanya sedikit tercalar dan menyifatkan video yang dilakukan Daing memakan diri peserta itu sendiri kerana dia tidak menjelaskan kepada penonton modus operandi dan matlamatnya dalam menghasilkan kandungan sebegitu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.