fbpx
Now Reading
Kes Pengunjung Tercampak Dari Sotong Ride, Rupanya Pengusaha Fun Fair Degil & Operasi Secara Haram

Kes Pengunjung Tercampak Dari Sotong Ride, Rupanya Pengusaha Fun Fair Degil & Operasi Secara Haram

Selain beroperasi secara haram sejak Sabtu (10 Disember) lalu, pihak fun fair juga tidak mendapat kelulusan polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi, (12 Disember) rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden beberapa pengunjung yang tercampak sewaktu menaiki permainan ‘sotong ride’ di Fun Fair berhampiran Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Insiden menyebabkan ketiga-tiga mangsa iaitu dua wanita dan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Shah Alam.

Baca artikel berkaitan: Suka Jadi Duka, 3 Cedera Selepas Terjatuh Semasa Bermain Fun Fair Di Puncak Alam [Video]

Terbaharu, media melaporkan pengusaha fun fair tersebut sebenarnya beroperasi secara haram dan tanpa lesen yang sah.

Lebih mengejutkan, mereka didapati terus berdegil meneruskan perniagaan tersebut meskipun arahan sitaan telah dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Menurut Yang Dipertua MPKS Rahilah Rahmat, sitaan itu telah dilakukan pada 29 November lalu selepas permit operasi tidak diluluskan, lapor Harian Metro.

Foto : Harian Metro

Sudahlah operasi haram, tidak dapat kelulusan PDRM dan JKKP

Selain beroperasi secara haram sejak Sabtu (10 Disember) lalu, pihak fun fair juga tidak mendapat kelulusan polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Pengusaha tapak pesta ria itu ada membuat permohonan permit daripada MPKS. Namun kita tidak meluluskannya dan menyita lokasi itu.

“Bagaimanapun, pihak berkaitan masih berdegil untuk beroperasi bermula Sabtu lalu (10 Disember) hingga mengakibatkan berlaku insiden malang itu,” kata Rahilah.

Tegas beliau lagi, pengusaha terbabit hanya mendapat kebenaran daripada pemilik tapak atau tanah, namun bukan dari MPKS.

Tapak fun fair diarah tutup dan tidak boleh beroperasi

Lantaran itu MPKS telah memberi notis kompaun kepada pengusaha tapak pesta ria itu mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.

“Kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

“Tapak pesta ria itu turut diarahkan tutup dan tidak boleh beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut menyifatkan insiden seumpama itu boleh dielakkan jika pihak terbabit akur pada arahan pihak berkuasa sewaktu sitaan dilakukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.