“Setiap Hari Isteri Saya Menangis” – Lelaki Kesal, Anak Maut Akibat Kecuaian Pemandu Lori Terlebih Muatan [Video]

Baru-baru ini, tular luahan seorang bapa di media sosial apabila terkilan dengan kecuaian pemandu lori yang mencetuskan kemalangan sehingga menyebabkan anak dalam di kandungan isterinya meninggal dunia dalam satu kemalangan di Gerik.

Insiden tersebut turut mengakibatkan isterinya cedera parah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook Ding Sheng Koh, kelihatan jelas rakaman dashcam itu memaparkan sebuah lori yang membawa muatan berlebihan memandu secara laju.

Namun sebaik melepasi selekoh tajam, muatan yang dibawa oleh lori terbabit terpelanting keluar lalu menghentam kereta yang berada di laluan bertentangan.

Anak maut dalam kandungan, isteri cedera parah

Sementara itu, mangsa turut meluahkan rasa kesalnya apabila disebabkan kecuaian pemandu lori tersebut, dia kehilangan anak di dalam kandungan serta isterinya mengalami kecederaan yang parah.

“Asalnya pada masa ini saya bersama isteri saya mengalu-alukan bayi kami datang ke dunia ini, disebabkan kejadian ini kamu telah membawa baby kami pergi.

“Kejadian ini sebenarnya boleh dielakkan, tetapi sebab kecuaian pemandu dan pihak syarikat kamu yang menyebabkan kejadian ini berlaku. Saya tidak akan memaafkan kamu semua,” katanya.

Selepas kejadian, pihak syarikat lori tidak hubunginya memohon maaf

Menurutnya, selepas insiden terbabit berlaku, pihak syarikat lori terbabit tidak menghubunginya bagi menyampaikan permohonan maaf.

Lebih menyedihkan, Sheng berkata setiap hari isterinya yang masih lagi cedera dan penuh kesan luka akan menangis apabila melihat gambar ‘ultrasound’ bayi mereka.

Lori bawa barang muatan melebih paras ketinggian

“Saya harap pihak syarikat logistik kamu boleh memberikan penjelasan tentang kenapa menggunakan jenis truck ini untuk membawa barangan muatan ini, ia telah melebihi paras ketinggian yang selamat.”

Difahamkan, pemandu lori tersebut melarikan diri dari tempat kejadian namun, berjaya ditahan polis semasa operasi sekatan jalan raya sekitar Jeli, Kelantan.

“Saya harap selepas kejadian ini, pihak syarikat kamu gunakan truck yang betul untuk menghantar barang, mengenai pihak logistik saya harap kamu mengupah pemandu yang bersikap bertanggungjawab.”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

19 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago