fbpx
Now Reading
Anwar Ibrahim Minta AG Berunding Dengan Singapura Mengenai Isu Tuntutan Pulau Batu Puteh [Video]

Anwar Ibrahim Minta AG Berunding Dengan Singapura Mengenai Isu Tuntutan Pulau Batu Puteh [Video]

Menurut Perdana Menteri, langkah itu diambil agar rundingan lebih bermakna dan segera dapat dijalankan dengan Singapura.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Malaysia meminta Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura mengenai isu tuntutan Pulau Batu Puteh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat Kabinet hari ini (14 Disember) sudah meminta Idrus meneliti dan mengkaji semula isu berbangkit terhadap pulau yang diserahkan kepada negara republik itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.

Menurut Anwar Ibrahim, langkah itu diambil agar rundingan lebih bermakna dan segera dapat dijalankan dengan Singapura.

Minta AG beri penjelasan mengenai kontroversi tuntutan Pulau Batu Puteh

“Kita minta Peguam Negara memberi penjelasan mengenai kontroversi tuntutan Batu Puteh yang sekarang sudah dipindahkan ke Singapura oleh ICJ dan kesan sampingannya.

“Kerajaan juga meminta supaya (ia) diteliti semula dikaji supaya ada rundingan yang lebih bermakna dan segera dengan Singapura supaya tidak ada masalah berbangkit dengan hubungan dua negara sahabat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Sidang media itu turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Anwar Ibrahim.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.