fbpx
Now Reading
“Melancong atau Beribadah?” – Maulana Beri Peringatan & Kongsi Pengertian Sebenar Umrah [Video]

“Melancong atau Beribadah?” – Maulana Beri Peringatan & Kongsi Pengertian Sebenar Umrah [Video]

Menurut Maulana Helmi, kesan yang dibawa balik selepas menunaikan umrah itu adalah yang paling penting kerana ia boleh dikongsikan buat masyarakat yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menunaikan ibadah umrah atau haji sudah pasti menjadi impian setiap umat Islam kerana peluang berharga itu akan digunakan sebaiknya untuk berdoa dan mohon keampunan daripada Allah SWT.

Namun begitu, seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini, segelintir orang menjadikan ibadah umrah satu trend melancong dan tidak lagi bertumpukan niat untuk beribadah.

Hal ini kerana sudah ramai yang berkemampuan menunaikan ibadah tersebut dan pakej umrah yang ditawarkan pula semakin banyak pilihan berbanding zaman dahulu.

Jadi tidak pelik lah kini ia menjadi satu budaya melancong bentuk baru atas nama ibadah umrah.

Pendakwah kongsi pengertian sebenar menunaikan umrah

Susulan itu, pendakwah bebas, Maulana Wan Helmi Wan Mohamed menerusi sebuah program dakwah yang disiarkan TV Al-Hijrah berkongsi pengertian sebenar dan perkara asas yang betul untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman akaun TikTok @elbachuki, Maulana Helmi berkata sepatutnya umat Islam yang datang ke Tanah Suci itu membawa dua perasaan iaitu takut dan berharap.

@elbachuki

Hadir ke tanah suci perlu ilmu dan tawajjuh (fokus hati) kepada Allah, agar ibadah diterima, dosa diampunkan dn kepulangan kita mmbawa perubahan dlm diri, keluarga dan ummat #tanahsucimakkah #rinduharamain♥️ #tipsumrah #penyucianjiwaditanahsuci #ikhlas #hajiumrah #masjidilharam #masjidnabawi

♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga

“Kita takut sangat ibadat kita di tolak (Ya Allah sambutlah aku dengan kaampunan, aku datang bawa dosa yang banyak ni) dan kita mengharapkan apa yang Allah SWT janjikan.”

Segelintir umat Islam tunaikan umrah tidak fokus

Bagaimanapun, beliau yang banyak memimpin individu yang ingin menunaikan umrah berkata, segelintir umat Islam yang berada di sana beribadah dalam keadaan yang tidak begitu fokus.

“Saya dapat tengok segelintir orang yang bertawaf dan bersai dalam keadaan tidak bertawajjuh,” katanya lagi.

Jelasnya, situasi ini berbeza berbanding zaman dahulu yang mana kebanyakan umat Islam begitu fokus menunaikan ibadah sehingga ada yang menangis ketika mendengar azan dan ketika bertawaf.

Kesan yang dibawa balik adalah yang paling penting

Ujar Maulana Helmi, kesan yang dibawa balik selepas menunaikan umrah itu adalah yang paling penting kerana ia boleh dikongsikan buat masyarakat yang lain.

Di akhir perkongsian, beliau berkata perkara yang harus dibimbangkan adalah amalan semasa kita menunaikan ibadah tersebut sama ada diterima atau ditolak Allah SWT.

“Kita takut sangat tengok bila banyak orang ‘selfie’ depan Kaabah, menziarahi makam Rasullah SAW pun sambil ‘selfie’. Pada saya ini satu adab yang sangat tidak baik.”

Video penuh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.