fbpx
Now Reading
Pemandu Ubah Haluan Mengejut Boleh Didenda Atau Penjara – PDRM

Pemandu Ubah Haluan Mengejut Boleh Didenda Atau Penjara – PDRM

Menurut PDRM, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia begitu terkenal di serata dunia dengan sikap sopan santun dan adab yang tinggi.

Malah ramai pelancong dan pelajar antarabangsa begitu menyukai negara kita dan menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

Keadaan bagaimanapun akan berubah 180 darjah sebaik sahaja kita berada di atas jalan raya di mana ramai yang dilihat mengambil mudah terhadap peraturan antaranya mengubah haluan secara mengejut sehingga membahayakan nyawa orang lain.

Ubah haluan secara mengejut hingga jadi punca kemalangan boleh kena tindakan undang-undang

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan tindakan mengubah haluan secara mengejut tanpa memberi isyarat amaran (signal) sehingga menyebabkan kecederaan parah boleh mengakibatkan pengguna jalan raya itu didenda sehingga RM 10,000.

Bukan itu sahaja, PDRM menerusi satu perkongsian di Facebook menjelaskan perbuatan ini juga mungkin boleh menyebabkan pemandu tersebut berdepan hukuman penjara.

“Apabila kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kecederaan parah, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.”

Jelas PDRM, pemandu yang menyebabkan kejadian itu boleh berdepan dua jenis hukuman iaitu:

  • Denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 ATAU
  • Penjara tidak melebihi 12 bulan 

Justeru pada kami cara terbaik membuktikan seseorang itu bersalah adalah dengan melampirkan rakaman dashcam kepada pihak berkuasa.

Sekiranya anda tercari-cari jenis daschcam berkualiti tinggi yang diperakui Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) rujuk artikel di bawah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.