fbpx
Now Reading
Rider Penghantar Makanan Didakwa Tendang & Pukul Isteri Kerana Enggan Hadiri Majlis Adik

Rider Penghantar Makanan Didakwa Tendang & Pukul Isteri Kerana Enggan Hadiri Majlis Adik

Susulan kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara dua tahun dan denda RM2,000 jika sabit kesalahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang suami didakwa di Mahkamah Majistret Melaka selepas dia dituduh menendang dan menumbuk isterinya kerana enggan menghadiri majlis tamat latihan adiknya.

Kamal Ariffin Sehat, 40, yang juga seorang penghantar makanan membuat pengakuan bersalah, tetapi Majistret Mazana Sinin menolak pengakuan itu kerana ia dibuat ‘secara bersyarat’ melibatkan pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa terhadapnya.

Suami didakwa tumbuk dan tendang isteri hingga cedera

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima orang anak itu didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Fadilah Hussin, 39, dengan menumbuk muka dengan tangan dan menendang bahagian belakang badan mangsa.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada jam 9.00 malam di sebuah permis di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka pada Khamis lalu (8 Disember).

Susulan kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara dua tahun dan denda RM2,000 jika sabit kesalahan.

Isteri enggan hadiri majlis tamat latihan adik ipar

Difahamkan kejadian tersebut berlaku selepas dia mengajak isterinya bersama lima anak mereka untuk menghadiri majlis tamat Latihan adiknya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, isterinya enggan mengikuti dan menyebabkan dia berang lalu memukul wanita itu sehingga cedera.

Tertuduh hanya mengaku menarik rambut dan tampar isteri

Ketika prosiding berjalan, tertuduh hanya mengaku menarik rambut dan menampar muka isterinya sahaja.

Hal ini menyebabkan mahkamah menolak pengakuan bersalah tertuduh sementara pihak pendakwaan juga ingin mengekalkan pertuduhan seperti yang dinyatakan oleh mangsa.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha memberi jaminan sebanyak RM10,000 berserta syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa selain perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan dia perlu menyara lima orang anak dengan pekerjaan sebagai penghantar maknanan.

Mahkamah kurangkan jumlah ikat jamin

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dan bersetuju dengan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan tarikh 26 Januari depan sebagai sebutan semula dan lantikan peguam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.