fbpx
Now Reading
“Bukan Tak Reda, Tapi Rindu” – Lelaki Sebak Jamah Hidangan Terakhir Air Tangan Arwah Ibu [Video]

“Bukan Tak Reda, Tapi Rindu” – Lelaki Sebak Jamah Hidangan Terakhir Air Tangan Arwah Ibu [Video]

Difahamkan lelaki tersebut masih berada di dalam fasa terkejut kerana arwah ibunya meninggal dunia secara tiba-tiba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika ditanya mengenai masakan yang paling sedap, pasti ramai yang meletakkan masakan ibu dalam carta paling tinggi mereka.

Ini tidak dapat dinafikan kerana setiap individu pasti menggemari masakan air tangan ibu sendiri yang sudah dirasainya sejak kecil.

Namun, setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga dengan insan yang bergelar ibu. Selain merindui kenangan bersama, kita juga pasti akan merindui masakan insan tercinta ini.

Ramai sebak, lelaki kongsi video makan makanan terakhir air tangan ibu

Begitulah yang dilalui seorang lelaki ini apabila dia berkongsi video dirinya yang sedang menikmati masakan terakhir arwah ibunya hingga mengundang sebak di kalangan netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @1million.story, lelaki itu kelihatan menikmati setiap cebis lebihan makanan air tangan ibunya sebelum wanita itu dijemput Ilahi.

@1million.story

bukan tak redha tapi rindu, masih dalam fasa terkejut mama meninggal tiba2. Al-Fatihah untuk mama yang tercinta…

♬ Rela – Shanna Shannon

“Air tangan terakhir mama sebelum dijemput Ilahi, aku hisap sisa daun ni tinggal kenangan terakhir,” tulisnya di dalam video.

Arwah ibu simpan banyak lebihan makanan, seakan tahu diri bakal pergi

Lebih menyedihkan, arwah ibunya menyimpan banyak lebihan makanan di dalam peti sejuk beku seakan-akan sudah mengetahui dirinya bakal pergi buat selamanya.

“Maafkan adik mama, adik tak sempat mintak ampun detik akhir sedar-sedar mama dah tak bernyawa. Sampai hari ini hati adik masih pilu,” tulisnya lagi.

Masih terkejut, arwah ibu meninggal dunia secara tiba-tiba

Menurut pemuda ini, arwah ibunya dijemput Allah SAW ketika baru selesai solat Dhuha dan dalam pangkuan ribanya pada 16 Nov 2022 yang lalu.

@1million.story

al-fatihah untuk ibuku tersayang, Arni Zuraini Binti Taib. solat dhuha terakhir mama & dijemput Allah sebelum dalam pangkuan riba ku di dapur, 12.20pm, 16 Nov 2022.

♬ Denting – Fadhilah Intan

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman sedih mereka menikmati masakan terakhir yang dimasak oleh arwah ibu mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.