fbpx

Elvina Mohamad Bengang, Dakwa Wanita Selamba Buat Muka Tak Bersalah Cop Parking [Video]

Untuk info, perbuatan cop parking adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, isu ‘cop parking’ bukanlah sesuatu yang baru. Malah ia pernah dibahaskan oleh pengguna media sosial dahulu ketika tular beberapa rakaman yang memaparkan individu berdiri di kawasan kotak parkir dan menghalang pemandu yang lain daripada memasukinya.

Isu sebegini tidak hanya berlaku di kawasan perumahan dan lot kedai, tetapi kawasan tumpuan umum seperti di pusat beli belah juga turut berlaku sehingga mendatangkan kemarahan pemandu lain.

Elvina Mohamad marah, wanita halang parking

Tidak hanya orang awam, golongan artis turut menjadi mangsa apabila tular di media sosial pelakon, Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa marah terhadap seorang individu yang bertindak menghalangnya daripada memasuki kawasan parkir.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok rasmi miliknya, kelihatan Elvina menegur seorang wanita yang bertindak menjaga parking buat kawannya.

@elvinamohamad

Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP2 PARKING! Kita ni punya laa 3 4 kali round cari and tunggu parking. Lepas tu senang2 dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dr parking. Ikut kan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!

♬ original sound – Elvina Mohamad – Elvina Mohamad

Wanita nafi cop parking, konon dah lama berdiri di situ

Bagaimanapun, wanita yang sedang memakai topi unicorn itu tetap menafikannya serta mendakwa dirinya sudah lama berdiri di situ menyebabkan pelakon berusia 27 tahun itu semakin bengang.

“Tak sangka masih ada orang buat macam ni, nak cop-cop parking. Kita ini punya la tiga empat kali pusing cari dan tunggu. Lepas tu senang-senang je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia.

“Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dari parking. Ikut kan hati je nak maki! Geramm rasa,” katanya.

Cop parking merupakan satu kesalahan

Untuk info, budaya cop parking adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita terbabit yang masih mengamalkan budaya tidak sihat sebegini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.