fbpx

Jijik! Tuan Rumah Bengang Dapat Penyewa Wanita Pengotor, Tinggal Rumah Penuh Najis & Kerosakan [Video]

Lebih mengejutkan apabila pemilik rumah mendakwa penyewa cuba menafikan tunggakan sewa rumah serta mengugut dirinya yang cuba meminta duit tunggakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi pemilik rumah yang menyewakan kediaman kepada orang lain bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Hal ini kerana pemilik rumah mungkin akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan perangai penyewa antaranya yang berkelakuan tidak baik atau lambat membayar sewa rumah dengan 1001 alasan.

Penyewa tinggalkan rumah dalam keadaan kotor, busuk dan rosak

Begitulah yang terjadi pada tuan rumah ini apabila tular di media sosial rumah yang disewakannya ditinggalkan dalam keadaan yang kotor, busuk dan penuh dengan kerosakan oleh penyewa.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @misiteratai, jelas kelihatan rumah tersebut dipenuhi dengan kotoran serta beberapa perabot yang ditinggalkan dalam keadaan rosak.

@misiteratai

Kita ni tuan rumah Bila sewakan rumah memang kita harap la org jaga rumah kita elok2 Kita pk nak org selesa tu pasangkan awing siap mozek kat car porch dengan sewa sebulan rm400 sahaja…mana nak dapat zaman ni Bila rate bank naik baru la kita naikkn sewa pada rm450/sbln Tp sewa manjang tunggak..tapi dia claim bayar terlebih Bila mintak banyak alasan siap ugut kita plk lagi..x padan dengan jandanya Lepas tu tinggalkan rumah cam rumah puaka #penyewadarineraka #penyewapengotor #baukencing

♬ bunyi asal – misiteratai – misiteratai

Kesan kotoran seperti najis haiwan dalam kabinet

Lebih mengejutkan, apabila tuan rumah membuka sebuah kabinet dapur dan mendapati terdapat kesan seperti najis haiwan yang masih berada di situ.

Foto: TikTok/misiteratai

Tidak hanya itu, tuan rumah tersebut juga mendakwa rumah berkenaan mempunyai bau yang sangat busuk seperti kencing binatang.

“Sekali masuk bau kencing, bau taik bukan main kuat, macam mix (campur) bau kencing tikus dan kucing,” tulisnya di dalam video.

Video keadaan dalam tandas

@misiteratai

Membalas kepada @PANDA🐼 last ni x tebasuh…nnt nk simbah clorok dulu..kembang tekak tengok..kat lantai tu la ada bulus2 orgnya..yg dlm toilet tu rase rambut… #penyewapengotor #penyewadarineraka #ownertersakiti

♬ Now Look at This – Dramatello

Tuan rumah hanya kenakan kadar sewa RM400 sebulan, siap dah renovate

Difahamkan, pemilik rumah dua tingkat di Kluang, Johor ini sanggup mengubah suai rumahnya demi keselesaan penyewa walaupun kadar sewa yang dikenakan amatlah rendah.

“Kita fikir nak orang selesa itu pasangkan awning siap mozek dekat ‘car porch’ dengan sewa bulanan RM400 mana nak dapat zaman ni,” tulisnya.

Bagi membuktikan kadar sewa yang dikenakan adalah rendah, pemilik rumah turut berkongsi video penyata bank yang mengandungi transaksi bayaran oleh penyewa.

@misiteratai

Membalas kepada @panterjerung25 percayalah🤣

♬ Percayalah – Live – Siti Nurhaliza

Penyewa nafi tunggakan sewa rumah, siap ugut tuan rumah

Lebih mengejutkan apabila pemilik rumah mendakwa penyewa cuba menafikan terdapat tunggakan sewa rumah selain bertindak mengugut dirinya apabila dia cuba menuntut wang tersebut.

“Sewa sentiasa tertunggak tapi dia claim bayar terlebih. Bila mintak banyak alasan siap ugut kita pulak lagi, lepas tu tinggalkan rumah macam rumah puaka.”

Penyewa letak kunci rumah dekat peti surat, takut jumpa owner

Mungkin kerana takut untuk bersemuka dengan pemilik rumah, wanita berkenaan turut bertindak meletakkan kunci rumah di dalam peti surat selepas keluar dari rumah tersebut.

Foto: TikTok/misiteratai

Rumah sudah dibersihkan

@misiteratai

Alhmdllh bersih dah rumah selepas dicuci berkali2..bau pon settle Plan lepas ni nak Wayering balik dan cat semula Ada berita gembira tau..siang td asben terjumpa dengan wakil persatuan saudara baru dan dia maklumkan ex penyewa tu da dapat bantuan rumah n macam2 bantuan lagi…Alhmdllh rezeki dia..nampak kan rahmat disetiap perkara yg berlaku…harap tu yg terbaik untuk dia sbb sis risau plk kalau owner lain terkene macam sis n yg paling penting dapat rumah tu balik sblm keadaan jd lebih teruk😅…n lepas ni dia pon x gaduh la nak bayar bulan2..walopon sis masih sedikit heran sbb dia kata dia ada 3 biji rumah n banyak tender2 bisnes😅.. #rumahsewamurah #ownernakhealing #tenangributjiwa🍃

♬ Santai – Faizal Tahir
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.