fbpx
Now Reading
“Hanya Avatar Saja Ada” – Slot Tayangan Berkurangan, Pengarah Mechamato Mahu Pawagam Beri Peluang Sama Rata
Mechamato Movie

“Hanya Avatar Saja Ada” – Slot Tayangan Berkurangan, Pengarah Mechamato Mahu Pawagam Beri Peluang Sama Rata

Pengkritik filem, Zhaf Vlog turut menyifatkan tindakan menganaktirikan karya anak tempatan itu menjadikan mereka mangsa ‘dek ketamakan’ pengusaha panggung wayang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan tentang kejayaan filem animasi Mechamato Movie terbitan MONSTA dan Astro Shaw yang berjaya mengutip sebanyak RM10 juta selepas enam hari filem itu ditayangkan di seluruh Malaysia.

Malah filem animasi itu juga dilihat mendapat perhatian dan pujian dari para penonton yang teruja dengan hasil kualitinya sebaik ia dipersembahkan kepada khalayak.

Baca artikel berkaitan: Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Pertama Tayangan

Beri pendapat agar filem tempatan diberikan peluang di pawagam

Baru-baru ini tular satu hantaran di Facebook yang dimuat naik oleh Pengarah filem animasi itu, Nizam Abd Razak yang memberikan pendapatnya agar filem tempatan diberikan lebih banyak peluang.

Perkara itu dinyatakan selepas beliau membuat tinjauan bahawa kebanyakan tayangan Mechamato Movie tidak ditayangkan pada waktu malam.

Namun berbeza dengan filem antarabangsa Avatar apabila filem berkenaan mempunyai banyak tayangan pada waktu malam.

Tayangan yang kurang menyebabkan kurang peluang penonton untuk menonton filem animasi Mechamato Movie

Baru-baru ini tular satu hantaran di Facebook yang dimuat naik oleh Pengarah filem animasi itu, Nizam Abd Razak yang meminta panggung wayang agar memberikan filem tempatan peluang sama rata dengan filem luar.

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan peminat yang pada asalnya datang untuk menonton Mechamato Movie terpaksa membatalkannya dan memilih menonton filem antarabangsa itu.

“Ada tiga ke empat keluarga. Anak-anak sebut Mechamato berulang kali tetapi disebabkan tiada pilihan, mereka pilih Avatar. Opportunity loss (kerugian peluang) dan saya rasa peluang untuk keluarga tersebut pergi menonton Mechamato Movie agak tipis.

“Bukan murah untuk tempah tiket bagi keluarga seramai lima ke tujuh orang.

“Saya berharap filem tempatan diberikan peluang. Bukan tiada demand (permintaan). Kami hanya perlu diberi peluang sama rata untuk bersaing,” tulisnya dalam hantaran itu.

Zhaf Vlog nyatakan filem tempatan di anak tirikan di pawagam kerana tayangan yang kurang

Perkara itu turut mendapat perhatian pengkritik filem iaitu Zhaf Vlog yang mendedahkan filem tempatan dianaktirikan oleh panggung wayang apabila jelas waktu tayangan dikurangkan sebaik kemunculan filem luar.

“Seperti biasa, filem tempatan dianaktirikan oleh panggung wayang tempatan. Showtime Mechamato Movie telah dikurangkan sehingga hampir SEPARUH sedangkan Avatar telah memenuhi showtime bermula hari ini (15 Disember).

“Kelmarin sewaktu pawagam merana kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) punyalah merayu kehadiran penonton tempatan setelah industri dibuka semula. Tetapi seperti biasa, filem tempatan juga yang jadi mangsa ketamakkan panggung wayang.

“Sedangkan durasi Mechamato boleh dimuatkan tiga tayangan (2 jam) di dalam 2 tayangan Avatar (3 jam). Tetapi apakan daya, filem tempatan sendiri sukar menang di pasaran lokal dek kerana kerakusan pihak pawagam,” ciap Zhaf di Twitter.

Saran orang ramai bawa anak-anak tonton filem animasi Mechamato Movie

Menurut Zhaf dia tidak mampu untuk meminta pihak pawagam untuk menukarkan perkara tersebut tetapi boleh menyarankan orang ramai untuk membawa anak-anak kecil mereka untuk memenuhkan pawagam bagi setiap tayangan filem animasi tersebut.

Malah dia dalam pada masa sama turut mengajak orang ramai untuk menonton filem tersebut berkali-kali di pawagam dan memaklumkan filem Mechamato Movie sangat menarik.

“To team MONSTA, terima kasih kerana sudi menceriakan kami di dalam panggung wayang, insya-Allah kalau tak menang di panggung sekalipun tetap menang di hati penonton anda.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.