“Nasib Baik Tak Kemalangan”- Pemandu Berang Jadi Mangsa Buli Jalan Raya Lepas Beri ‘High Beam’ [Video]
Menurut Mirari, kenderaan tersebut pada mulanya memotong di hadapan sebelum memainkan brek beberapa kali serta enggan memberikan laluan untuk dipotong.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu buli di jalan raya bukanlah suatu perkara yang baharu tetapi ia sudah seringkali terjadi dan ramai yang telah menjadi mangsa mereka.
Apa yang lebih menakutkan, aksi bahaya mereka bukan sahaja membahayakan pemandu lain di jalan raya tetapi turut boleh mengundang kepada kemalangan yang tidak diingini.
Tular aksi sebuah kenderaan hitam jadi pembuli di jalan raya
Baru-baru ini, tular satu video dashcam dikongsikan oleh @mirarichan96 memaparkan aksi sebuah kenderaan yang didakwa menjadi pembuli jalanan (road-bully).
Menerusi video tersebut kenderaan berwarna hitam itu turut memainkan brek ketika berada di hadapan kereta Mirari.
Ketika Mirari mencuba untuk menukar haluan, kenderaan tersebut turut mengikutinya seolah-olah enggan memberi laluan kepadanya.
Jadi mangsa buli gara-gara beri ‘high-beam’
Menurut individu tersebut, perkara itu dilakukan oleh pemandu kenderaan berkenaan selepas dia memberikan lampu tinggi kepada kereta terbabit.
“Nasib baik tak kemalangan ke apa… dia ajak gaduh sebab aku high beam (lampu tinggi) je,” tulis Mirari di kapsyennya.
Memotong di lorong sebelah kanan secara mengejut
Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh Mirari, dia turut menunjukkan bahawa pada awalnya kenderaan itu secara tiba-tiba telah masuk ke laluan sebelah kanan dan berada di hadapannya dalam jarak yang dekat.
“Dia yang salah, dia pula yang ajak bergaduh,” katanya lagi dalam video tersebut.
KKetika ditanya apakah punca kenderaan tersebut bertindak sedemikian, Mirari menyatakan kenderaan itu memotongnya secara tiba-tiba dan menyatakan dia sememangnya tidak pernah berjumpa dengan kereta berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut berasa berang dengan tindakan pemandu kereta berwarna hitam itu dan meminta agar Mirari melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.