Dakwa Difitnah, Ustazah Siti Afifah & Suami Maklum Mahu Failkan Saman, Petik nama UAI [Video]

Sebut sahaja nama Ustazah Siti Afifah pasti ramai yang sudah mengenalinya.

Malah ustazah ini juga sering muncul dengan pelbagai kontroversi seperti mendakwa suami dayus sekiranya membenarkan doktor lelaki melihat aurat isteri ketika bersalin, makan ubat tahan sakit haram serta banyak lagi.

Perkara itu secara tidak langsung turut membuatkan orang ramai kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan dan menganggap apa yang dikatakannya adalah tidak benar.

Pasangan pendakwah maklum nak failkan saman

Terbaharu, Siti Afifah bersama suaminya, Zaidi Tohrin memaklumkan akan memfailkan saman terhadap pihak yang didakwa telah melemparkan fitnah pada mereka.

Hal itu dimaklumkan oleh pasangan tersebut menerusi satu siaran langsung (live) yang dibuat di media sosial dan menyatakan bahawa mereka sudah lama menahan sabar dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan.

Berbulan-bulan tahan sabar, nak luahkan tapi tidak dibenarkan oleh peguam

Jelas suami kepada ustazah tersebut, mereka sudah menahan sabar selama berbulan-bulan dan mahu meluahkan perkara tersebut namun dilarang oleh peguam dan meminta agar ia diselesaikan di mahkamah sahaja.

“Kami dah lama bersabar dengan tohmahan kamu, dengan fitnah yang kamu lontarkan, kamu permain-mainkan. Kamu bukan agamawan!

“Kami sebenarnya sudah berbulan-bulan menahan sabar, kami nak sebut tapi peguam kata jangan, tak boleh, di mahkamah nanti… tetapi malam ini cukup dah mempermainkan ulama,” jelas Zaidi dalam video tersebut dengan nada yang tegas.

@boom.malaysia

walauwee handal – @boom.malaysia Ikuti laporan penuh di portal boom-malaysia.com serta saluran Youtube Boom! #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #celebrity #star #idol #icon #influencer #inspirer #sitiafifah #ustazahafifah

♬ original sound – Boom! Malaysia – Boom! Malaysia

Minta ustaz-ustaz untuk rujuk kitab AttibNabawi

Zaidi dalam masa sama turut meminta agar semua ustaz-ustaz termasuk Ustaz Azhar Idrus untuk merujuk kepada sebuah buku iaitu Kitab AttibNabawi yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik oleh Ustazah Siti Afifah mereka turut meninggalkan pesan kepada beberapa individu seperti Datuk Dr Danial Zainal Abidin, Ustaz Azhar Idrus, Amin Idris dan penyanyi terkenal Datuk Hattan dan meminta agar orang ramai menyampaikan perkara itu kepada pihak tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago