Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Adab merupakan suatu perkara yang sering dituntut di mana sahaja kita berada.
Malah mereka yang bersopan santun dan sentiasa menunjukkan adab yang baik sentiasa membuatkan orang yang berada di sekeliling berasa selesa.
Pemain badminton salam dan cium tangan pengadil curi tumpuan ramai
Perkara itu samalah seperti apa yang berlaku kepada dua pemain badminton negara ini sehingga ia menarik perhatian ramai.
Menerusi video dikongsikan oleh @mr.kacangpanjang, kelihatan dua orang pemain Malaysia iaitu Muhammad Haikal dan pasangan beregunya Nur Izzudin yang bersalaman dengan juri sebelum pertandingan dimulakan.
Namun apa yang lebih menarik perhatian apabila Muhammad Haikal turut dilihat tunduk dan mencium tangan juri tersebut sebagai tanda menghormati beliau sebagai salah seorang pengadil bagi pertandingan badminton Petronas Malaysia International Challenge.
Menang emas bagi ketegori beregu lelaki
Bukan itu sahaja, pasangan beregu itu turut memenangi pingat emas bagi kategori beregu lelaki.
Perkongsian itu turut mendapat pujian dari orang ramai yang menyatakan Haikal seorang yang hebat bukan hanya kerana bakatnya dalam bermain tetapi adab dan sopan santunnya.
Malah ada juga yang turut memuji ibu bapanya kerana berjaya mendidik anak mereka untuk sentiasa menghormati orang.
Untuk maklumat, Haikal juga sebelum ini pernah bertanding di peringkat SUKMA 2022 bagi mewakili Kelantan bagi kategori beregu campuran dan Sukan Sea pada 2021 mewakili Malaysia.