fbpx
Now Reading
“Jaga Bahasa & Adab” – Gara-gara Biadap, Catriona Ross ‘Sekolahkan’ Peserta ATNM [Video]

“Jaga Bahasa & Adab” – Gara-gara Biadap, Catriona Ross ‘Sekolahkan’ Peserta ATNM [Video]

Menerusi video tersebut, kedengaran jelas jawapan yang diberikan oleh peserta muda itu bernada biadap sehingga mengejutkan para juri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, Program Televisyen All Together Now Malaysia (ATNM) telah memasuki musim kedua sejak 11 Disember lalu dengan barisan 50 juri baru dan lama.

Menurut Gempak, pemilihan juri-juri ini melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat.

Lebih menarik, penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tanggungjawab sebagai Kapten Juri yang baharu bagi menggantikan Datuk AC Mizal.

Peserta muda bagi jawapan agak kasar pada juri

Namun baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang peserta muda program tersebut dikatakan bersikap biadap apabila memberi jawapan ketika ditanya oleh salah seorang juri, Catriona Rosaa

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok Catriona, jelas dia kelihatan tergamam apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh peserta wanita itu.

@catrionarossofficial

pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebut kan buat ingatan kita bersama. These are some notes ive used & hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti. . No 1- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character. 2- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati. 3 – Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life. 4 – Merendah diri. Sangat penting. Terlalu. . #AllTogetherNowMalaysiaS2

♬ original sound – CatrionaRossOfficial – CatrionaRossOfficial

“Mestilah minat, kalau tak minat buat apa I bawa,” jawab peserta tersebut selepas ditanya oleh Catriona atau lebih dikenali sebagai Kak Kek mengenai pemilihan lagunya.

Kak Kek bagi nasihat agar jaga tingkah laku dan disiplin

Susulan itu, Kak Kek bersemuka dengan peserta tersebut di belakang pentas untuk menasihati remaja berusia 16 tahun itu agar menjaga tingkah laku dan disiplin dirinya.

“Apa pun impian kita, siapa pun kita, kita jangan pernah lupa empat perkara yang akan saya sebutkan buat ingatan bersama,” tulisnya di kapsyen.

Menurut Kak Kek, 4 perkata tersebut ialah tingkah laku, hormat, disiplin dan merendah diri antara kunci kejayaan seseorang.

“Nasib baik you bukan anak murid I” – Syafinaz

Pada video sama, kelihatan juga Ketua Juri, Syafinaz dan Ajai turut menegur remaja terbabit agar lebih berhati-hati ketika menjawab soalan juri dan sentiasa menghormati majlis.

“Sayang, nasib baik you bukan anak murid I, kalau anak murid I cakap macam tu, dah lama menangis. Tolong hati-hati ketika menjawab soalan. Kena cantik sikit bahasa kita ya adik.”

Kapten Juri ATNM, Datuk Syafinaz Selamat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.