fbpx
Now Reading
“Kami Sangat Memerlukan Wang..” – Caliph Buskers Rayu Penganjur Bayar Wang Persembahan Bernilai RM10,000
Caliph Buskers

“Kami Sangat Memerlukan Wang..” – Caliph Buskers Rayu Penganjur Bayar Wang Persembahan Bernilai RM10,000

Fendy yang juga pemain dram kumpulan Caliph Buskers berharap agar isu bayaran RM10,000 itu dapat diselesaikan dengan cara baik dan segera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang nama kumpulan Caliph Buskers pasti sudah terngiang-ngiang lagu ‘Hanya Namamu’ di dalam fikiran.

Malah kumpulan yang terdiri dari individu Orang Kurang Upaya (OKU) ini juga mempunyai bakat yang besar dalam industri seni dan sentiasa dikagumi oleh ramai pihak.

Minta pihak penganjur bayar wang RM10,000 seperti dalam perjanjian

Terbaharu, kumpulan penyanyi itu meminta agar pihak penganjur persembahan yang disertai olehnya pada 9 dan 10 Disember di Pulau Pinang untuk membayar wang bernilai RM10,000 seperti yang dipersetujui selepas persembahan dilakukan.

Memetik laporan Harian Metro, jelas pemain dram Fendy Adlun wang tersebut sangat diperlukan oleh oleh semua kru dan juga ahli kumpulan yang terlibat ketika melakukan persembahan berkenaan.

“Untuk dua hari persembahan, kami sepatutnya menerima bayaran yang sudah dipersetujui dengan penganjur sebanyak RM10,000. Namun sehingga sekarang masih belum mendapat bayaran itu walaupun separuh daripadanya.

“Pihak penganjur memberi pelbagai alasan penangguhan bayaran kepada kami, dan setakat ini tidak diselesaikan lagi. Kami (Caliph Buskers) sudah banyak bertolak ansur, jadi mohon bayarlah wang persembahan dijanjikan itu,” ujarnya.

Tidak berrniat untuk burukkan keadaan sebaliknya perlukan wang

Kata Fendy, perkara ini turut dikongsikan oleh kumpulan tersebut di Instagram milik mereka namun ia tidaklah bertujuan untuk memburukkan keadaan dengan pihak berkenaan sebaliknya sekadar memaklumkan situasi yang sedang dialami mereka.

“Anggota Caliph Buskers ini insan ‘istimewa’. Jadi, kami sangat memerlukan wang itu untuk menyara keluarga kerana pembabitan dalam karier seni adalah punca pendapatan kami. Ditambah, sekarang cuti sekolah dan kami pun nak bawak anak jalan-jalan juga.

“Selain itu, kami sebenarnya sudah menolak beberapa undangan persembahan lain kerana mahu memenuhi ‘show’ penganjur terbabit. Apatah lagi, mereka berjanji untuk membayar kami selepas selesai membuat persembahan,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengapa tidak mengambil wang pendahuluan sebelum persembahan dilakukan, Fendy menyatakan mungkin kerana mereka tidak tegas dan kemudian jadi mangsa kepada pihak itu.

Masih berbincang tentang tindakan yang perlu dilakukan selanjutnya

Mengulas tentang tindakan undang-undang, Fendy menyatakan bahawa ia masih dalam perbincangan kumpulan tersebut untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Malah mereka juga mahu perkara itu dapat diselesaikan dengan baik dalam kadar yang segera.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.