fbpx
Now Reading
Langsung Tak Nangis, Kanak-Kanak Berbangsa India Bersahaja Ketika Bersunat Raih Pujian Ramai [Video]
Kanak-kanak bangsa india bersunat

Langsung Tak Nangis, Kanak-Kanak Berbangsa India Bersahaja Ketika Bersunat Raih Pujian Ramai [Video]

Jelas ibu kanak-kanak lelaki itu, proses bersunat itu dilakukan olehnya adalah untuk kebersihan anaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya cuti sekolah yang panjang sudah tentu para ibu bapa akan menggunakan masa ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

Oleh itu, pelbagai perkara telah dirancang oleh ibu bapa seperti membawa anak-anak melancong, balik kampung, melakukan aktiviti kekeluargaan serta banyak lagi.

Tidak kurang juga ada ibu bapa yang mengambil kesempatan cuti panjang ini untuk mengkhatankan anak lelaki mereka.

Kanak-kanak bangsa India bersunat tarik perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di kongsikan Rani Genga memaparkan seorang kanak-kanak berbangsa India yang bersunat sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang tersebut, kelihatan bapa dan adik beradik perempuannya sedang mengusik kanak-kanak itu dengan menarik tangannya sebelum memasuki klinik untuk bersunat.

Kemudian kelihatan ibu kepada kanak-kanak tersebut berdiri disebelahnya mungkin untuk menenangkannya.

Nampak tenang dan tersenyum lepas bersunat

Namun apa yang menarik, kanak-kanak itu kelihatan bersahaja dan masih boleh tersenyum sebaik sahaja proses itu selesai dilakukan oleh doktor.

Malah dia langsung tidak menangis seperti segelintir kanak-kanak yang lain.

Menurut Rani Gengga yang juga ibu kanak-kanak itu, proses tersebut dilakukan kepada anaknya adalah atas dasar kebersihan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kanak-kanak itu kerana dia kelihatan begitu tenang sepanjang proses berkhatan dilakukan.

Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman mereka ketika bersunat dahulu.

Proses bersunat kebiasaan dilakukan dari umur bayi sehingga 11 tahun

Untuk maklumat, proses berkhatan atau bersunat ini kebiasaannya dilakukan kepada kanak-kanak lelaki yang berumur dari bayi sehinggalah dalam lingkungan 11 tahun.

Proses ini juga kebiasaanya dilakukan oleh golongan muslim dan mempunyai pelbagai manfaat dari segi kesihatan seperti kebersihan dan mengelakkan daripada jangkitan penyakit

‘Kelakar tengok adik perempuan dia tarik dan ayah pula main tolak-tolak. Tuan punya badan macam tak sanggup’

‘Okay lah tu lepas sunat senyum. Anak acik menangis 7 hari 7 malam’

‘Semoga cepat sihat’

‘Sunat itu elok, hindar dari penyakit’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.