fbpx

Pablo Mengamuk, Dakwa Ahli Politik Berskandal Dengan Ex GF & Ikut Ajaran Sesat [Video]

Menerusi sesi langsung di laman Facebook miliknya, Pablo Amirul turut akui menyesal menyertai ajaran sesat Millah Abraham itu kerana mengikut kekasihnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pendedahan mengejut seorang pelakon aksi, Pablo Amirul mengenai ajaran sesat Millah Abraham dan juga kekasihnya yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli politik.

Apa yang lebih mengejutkan, pelakon Polis Evo itu juga mengakui pernah terjebak dan kini menyesal mengikuti ajaran sesat tersebut.

Pelakon minta orang ramai laporkan pada PDRM dan Jabatan Agama Islam

Menerusi satu sesi langsung di laman Facebook (FB Live) miliknya, Pablo turut meminta orang ramai agar melaporkan hal yang diceritakan olehnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam.

Di dalam video tersebut, pelakon terbabit turut mengakui sudah dua tahun mengikuti ajaran Millah Abraham.

“Millah Abraham yang buat Pablo jadi tak betul, jadi gila dan terasing. Korang kena tahu la pasal Millah Abraham ni dia macam agama baharu, kita ikut ajaran Nabi Ibrahim tak ikut Nabi Muhammad SAW.

“Dua tahun Pablo dalam tu. Sesiapa boleh tag PDRM dan Jabatan Agama, Pablo nak buat pengakuan nak cerita semua pasal Millah Abraham ni.

“Ya, Pablo sesat, sebab itu kononnya nak belajar mengenal tuhan tetapi rupanya. Tolong lapor kepada polis dan sesiapa sahaja tentang ini,” katanya yang turut mengakui ajaran tersebut memesongkan akidah.

Pablo akui sesat kerana ikut kekasih yang ada skandal dengan ahli politik

Tambahnya, Pablo turut menyebut nama seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin itu adalah penyebab utama dia menyertai ajaran sesat tersebut.

Pada masa sama, Pablo turut mendakwa wanita yang bekerja sebagai juruterbang itu telah meninggalkan dirinya kerana mempunyai hubungan sulit bersama seorang ahli politik.

“Fatin N*b*la M*sa seorang Millah Abraham yang jatuh cinta dengan suami orang. Aku sayang dia gila-gila tak sangka ada affair dengan Tan Sri A** H***.

“Juruterbang tapi hidup dibela, harapkan duit orang! Kau tinggalkan aku sebab aku tak ada duit dan tak berkehendak. Pasal kau aku bersaksi, pasal kau aku masuk Millah Abraham, tapi apa yang aku dapat,” katanya lagi.

Millah Abraham difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam

Untuk info, ajaran sesat Millah Abraham atau Millah Ibrahim itu difatwakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Menurut ajaran sesat tersebut, Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam dan diganti dengan agama baru iaitu Millah Ibrahim.

Selain itu, mereka turut menggelarkan sesiapa yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham ini sebagai sesat, kafir dan syirik serta wajib bertaubat dengan ajaran berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.